Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bulu Mata Pendek? Lentik & Panjang Dengan Hanya Guna 7 Maskara Terbaik

by Lisa AG
January 21, 2022
Foto - Martha Stewart

Foto - Martha Stewart

53
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Macam-macam cara dilakukan untuk bagi panjang dan lebat bulu mata. Ada yang sanggup buat extension, petua-petua tradisional, teknik panaskan bulu mata dengan api dan pelbagai lagi.

Tapi semua itu perlukan masa, dan anda wanita sibuk mahukan cara yang cepat dan serba ringkas. Jawapannya adalah mendapatkan maskara terbaik untuk melentikkan bulu mata.

Ada banyak di pasaran tapi jenama-jenama yang dicadangkan di bawah, antara yang the best!

Too Faced Better Than Sex Mascara

Foto – Too Faced

Maskara ini didatangkan dengan berus berbentuk jam pasir yang direka untuk menggunakan formula yang diselitkan kolagen secara sekata. Selain kalis comot, maskara ini boleh anda gunakan seberapa banyak lapisan yang anda mahu untuk mencapai panjang yang anda inginkan.

Chanel Le Volume de Chanel Mascara

Foto – Chanel

Selain menjadikan bulu mata anda lebih panjang dengan sekali calitan, maskara juga dapat menghitamkan bulu mata anda untuk menjadikan mata anda benar-benar galak.

Dior Diorshow Lash-Extension Effect Volume Mascara

Foto – Dior

Maskara dari Dior ini diselitkan dengan gentian mikro yang melekat pada bulu mata anda untuk menjadikannya kelihatan lebih panjang dan tebal.

IKLAN

Tarte Lights, Camera, Lashes 4-in-1 Mascara

Foto – Tarte

Jika anda mahukan maskara yang tahan sepanjang hari dan malam, pilih Tarte! Maskara bukan sahaja melentikkan, memanjangkan dan melebatkan bulu mata, tetapi ia melakukan semua itu selama 24 jam pada satu masa.

Lancome Definicils Lengthening & Defining Mascara

Foto – Lancome

Maskara Lancome bukan sahaja memanjangkan bulu mata anda dengan cara kelihatan semula jadi. Ia juga diselitkan dengan panthenol dan vitamin B5 untuk merapikan dan melembapkan bulu mata anda yang sebenar.

Benefits Cosmetics Roller Lash Curling & Lifting Mascara

Foto – Benefits

Jika anda suka rupa bulu mata yang lentik, tetapi tidak mahu menggunakan pelentik bulu mata, maskara Benefits Cosmetics ini patut anda cuba.

Benefit Cosmetics They’re Real! Lengthening and Volumizing Mascara

Foto – Benefits

Maskara yang memenangi banyak anugerah ini menjanjikan untuk melentik, melebat, dan menaikkan bulu mata tanpa calit atau bergumpal sepanjang hari.

Kalau tak mampu buat petua tradisional, guna maskara pun bulu mata boleh lentik.

Tags: bulu mataEyelash Extensionmaskara
Share21SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Bulu Mata Pendek? Lentik & Panjang Dengan Hanya Guna 7 Maskara Terbaik

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.