Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Ini Caranya Nak Beli Beg Birkin, Menurut Pakar

by Lisa AG
January 22, 2022
Foto - Sothebys

Foto - Sothebys

55
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa yang membuatkan beg Birkin begitu unik? Kim Kardashian, Kendall Jenner, Jennifer Lopez, Jamie Chua antara pengguna setia. Ada sebab yang menjadikan beg ini sangat diingini dan berharga.

Jika anda bersedia untuk melabur pada beg tangan berjenama, mungkin anda inginkan sesuatu yang jarang dan unik, pada masa yang sama nilainya. Itulah yang ada pada beg Hermes Birkin.

Foto – Pinterest

Selain daripada nilai harganya yang mahal, beg ikonik ini juga agak sukar untuk didapati. Dan itulah yang menjadikan sebahagian daripada daya tarikan. Jadi jika anda tertanya-tanya cara membeli beg Birkin, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum walk in ke butik Hermès yang terdekat.

“Hermès Birkin boleh dikatakan beg paling ikonik yang dihasilkan. Ia dinamakan sempena Jane Birkin. Ia mempunyai bentuk yang unik dengan pemegang berkembar, tanpa tali dan poket zip dalaman. Terdapat variasi pada saiz, warna, kulit, dan dengan kepingan edisi terhad, reka bentuk.”

Macam Mana Anda Boleh Mendapatkan Beg Birkin?

Dipetik dari Instyle, walaupun warna, saiz dan perkakasan adalah faktor penting, pakar menggesa bakal pembeli Birkin untuk melakukan penyelidikan yang menyeluruh sebelum mengeluarkan wang.

Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan dengan pilihan anda, membeli beg Birkin tidak semudah menuju ke kedai Hermès. Anda perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan penjual di lokasi tersebut untuk melihat sama ada beg khusus yang anda cari ada dalam stok atau sudah tiba.

Foto – Pinterest

Walaupun rumah fesyen mengatakan tiada senarai menunggu untuk membeli beg, mencari beg dalam pasaran yang terhad memerlukan kesabaran dan ketekunan.

Dalam sesetengah kes, lebih mudah dan mengambil sedikit masa untuk membeli beg Birkin secara terpakai (secondhand). Tetapi penting untuk membeli daripada syarikat terkemuka yang menjamin keaslian dan mempunyai sejarah menjual Hermès.

BACA:  Apa Kena-Mengena Grace Kelly Dengan Beg Tangan Ikonik Hermès Kelly?

Penting bagi pembeli terpakai untuk meminta gambar terperinci beg Birkin, bersama-sama dengan pendedahan sebarang kerosakan atau bau minyak wangi atau asap.

Sebelum nak beli sessuata beg jenama pereka fesyen, sila lakukan research terlebih dahulu.

FILED UNDER beg birkinhermeshermes birkinjane birkin
Share22SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.