Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Fakta Tentang Puteri Fadzilah, Rupanya Gemar Bersukan Sehingga Jadi Kapten Bola Jaring Brunei

by Soph.Azz
January 20, 2022
Foto - @@borneo_bulletin (Twitter)

Foto - @@borneo_bulletin (Twitter)

261
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ramai yang kurang tahu tentang Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah memandangkan puteri ini seorang yang pendiam dan agak privasi.

Ini apa yang penulis tahu tentang puteri Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menjalani majlis istiadat perkahwinan selama 10 hari bermula 16 Januari 2022.

Anak Kepada Sultan Brunei & Isteri Kedua 

Mesra dipanggil sebagai Puteri Fadzilah atau Fad, puteri ini merupakan anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri kedua iaitu Hajah Mariam binti Abdul Aziz.

View this post on Instagram

A post shared by @bruneiroyalfamily

Puteri Fadzilah mempunyai dua orang abang dan seorang adik perempuan. Adik beradiknya adalah Putera Azim, Putera Mateen dan Puteri Azemah Bolkiah.

Walaupun Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai lebih ramai anak tetapi adik beradik Puteri Fadzilah merupakan ahli kerabat diraja yang paling terkenal.

Salah Seorang Kerabat Diraja Yang Terkaya Di Dunia 

Dipetik daripada SCMP, Puteri Fadzilah merupakan salah seorang kerabat diraja yang terkaya di dunia. Anggaran nilai bersihnya adalah $28 bilion iaitu bersamaan dengan RM 117.25 bilion.

Foto – Borneo Bulletin (FB)

Pada masa yang sama, Puteri Fadzilah juga seorang yang dermawan. Beliau telah menyokong usaha membina Pusat Perubatan Rimba untuk membantu promosi dan tambah baik penjagaan kesihatan di Brunei.

IKLAN

Miliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan Di Universiti Terkenal 

Pada usianya 22 tahun, Puteri Fadzilah telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam Pengajian Antarabangsa dari Universiti Kingston, Britain.

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Info menarik: Menerusi laman web sekolah, Puteri Fadzilah memberitahu dia menikmati masanya di sekolah dan merancang untuk teruskan pendidikan.

Pada tahun 2015 pula, Puteri Fadzilah telah memperoleh ijazah sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Hult International Business School.

Sangat Gemar Bersukan & Jadi Kapten Pasukan Bola Jaring

Paling menarik sekali, Puteri Fadzilah turut dikenali sebagai ‘Puteri Sukan’. Beliau merupakan pemain polo dan ekuestrian. Malah Puteri Fadzilah pernah menjadi kapten pasukan bola jaring kebangsaan Brunei.

Foto – Borneo Bulletin Online

“Saya juga seorang perempuan. Pada mulanya rakan sepasukan saya terkejut melihat pengawal peribadi diraja bersama mereka. Tetapi mereka sudah biasa. Saya suka menggalakkan rakan sepasukan saya!”

Beliau sangat meminati bola jaring dan pernah memuji rakan sepasukan serta jurulatihnya dalam Sukan SEA 2020. Puteri Fadzilah juga berharap sukan bola jaring terus disokong dan lebih ramai atlet serta jurulatih berkelayakan ada di Brunei.

Jadi itulah Puteri Fadzilah, memang lain sangat daripada adik beradiknya yang lain kan?

Tags: pengiran anak puteri fadzilah lubabul bolkiahputeri fadzilahputeri fadzilah lubabul bolkiah
Share104SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Fakta Tentang Puteri Fadzilah, Rupanya Gemar Bersukan Sehingga Jadi Kapten Bola Jaring Brunei

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.