Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW iX xDrive40 Yang Pertama

by Zainab Hadid
January 14, 2022
14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan BMW iX Yang Pertama iaitu xDrive40 dan  xDrive40 Sport. SAV serba elektrik baharu, direka bentuk semata-mata untuk menandakan era baharu elektrifikasi, meningkatkan penanda aras yang semakin tinggi untuk mobiliti mampan dalam Malaysia.

Secara teknikal, BMW iX xDrive40 mempunyai kuasa sebanyak 326 PS dan 630 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 6.1 saat. Menjadi kereta elektrik (EV), ia boleh dipandu sejauh 425 km dengan sekali cas.

Secara umumnya, BMW iX mewakili lembaran baru buat BMW yang mana ia dibina oleh falsafah yang begitu berbeza dengan model-model sebelum ini. Antaranya ialah teknologi Iconic Sounds Electric yang dibangunkan oleh penggubah musik terkenal, iaitu Hans Zimmer.

Untuk hiburan dalam kenderaan disediakan melalui HiFi sistem pembesar suara profesional untuk BMW iX xDrive40 Yang Pertama, manakala Harman Kardon sistem bunyi sekeliling adalah standard untuk BMW iX xDrive40 Sport Yang Pertama.

Majlis pengenalan model BMW iX xDrive40 dan iX xDrive40 Sport diadakan di NEXTGen. Pavillion @ Mandarin Oriental KL. Pelancancaran itu turut dihadiri Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

IKLAN

Melihat sendiri interior yang terdapat dalam kenderaan ini,  paparan digital cukup menarik perhatian. Panel ini merangkumi struktur menu baharu dengan keupayaan mengkonfigurasi widget.

Sistem BMW Intelligent Personal Assistant yang terdapat pada model ini juga telah dinaik taraf dengan fungsi tambahan termasuk muka grafik baharu yang lebih interaktif.

Berikut antara kelebihan fungsi lain terdapat pada model iX:

  • Intelligent Emergency Call
  • Teleservices
  • ConnectedDrive Services
  • Connected Package Professional
  • BMW Natural Interaction
  • Active Protection

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah BMW iX xDrive40 ataupun iX xDrive40 Sport, anda boleh  menikmati Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun serta Program Servis Berjadual Percuma.

Pelanggan juga layak menerima waranti bateri BMW selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 kilometer.

Harga bagi sebuah BMW iX bermula dari RM419,630 sehingga RM472,630 bagi varian iX xDrive40 Sport.

Tags: AutomotifBMWkereta mewah
Share6SendShare

Artikel Berkaitan

Peminat Hello Kitty Boleh Mula Kumpul Pinggan Mangkuk Dari Jenama Ini
Gaya Hidup

Peminat Hello Kitty Boleh Mula Kumpul Pinggan Mangkuk Dari Jenama Ini

by Soph.Azz
July 6, 2022
0

Walaupun usia sudah menginjak dewasa; tetapi bila melihat animasi Jepun, Hello Kitty pasti sisi kanak-kanak kita akan jadi teruja kan?...

Baca Lagi
Under Armour Cipta Kasut Larian Pertama Untuk Wanita
Gaya Hidup

Under Armour Cipta Kasut Larian Pertama Untuk Wanita

by Lisa AG
July 5, 2022
0

Under Armour mencipta kasut larian pertama untuk wanita?! Tahun 2022, Under Armour terus memajukan kategori larian ke kehadapan melalui fokus...

Baca Lagi
#DIVAKongsi 8 ‘Hot Spot’ Untuk Kamu Yang Suka Glamping Di Sekitar Selangor!
Gaya Hidup

#DIVAKongsi 8 ‘Hot Spot’ Untuk Kamu Yang Suka Glamping Di Sekitar Selangor!

by Soph.Azz
July 5, 2022
0

Trend glamping ini sebenarnya sudah lama popular dan menjadi ikutan ramai; terutamanya mereka yang baru nak berjinak-jinak mahu mencuba aktiviti...

Baca Lagi
#DIVAKongsi 7 Filem Netflix Yang ‘Light’, Sesuai Tonton Pada Raya Haji Nanti!
Gaya Hidup

#DIVAKongsi 7 Filem Netflix Yang ‘Light’, Sesuai Tonton Pada Raya Haji Nanti!

by Soph.Azz
July 4, 2022
0

Selalunya sambutan Hari Raya Aidilfitri; atau sering disebut Hari Raya Haji ini tidak sama seperti Hari Raya Aidilfitri. Lebih relaks...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

  3. 3

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  4. 4

    “Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.