Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

‘Rahsia’ Jenama HABIB Jadi Inspirasi, Bukan Sekadar Berlian & Barangan Kemas Biasa

by Soph.Azz
January 13, 2022
Foto - HABIB JEWELS

Foto - HABIB JEWELS

35
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau nak beli barangan kemas pasti ramai yang akan mengesyorkan jenama HABIB. Selain barangan kemas, HABIB turut menjual berlian dan batu permata.

Walaupun kini jenama tempatan ini menjadi pilihan ramai, tetapi ada pelbagai jenis kisah suka duka dan jatuh bangunnya.

Jom ikuti perkongsian kisah di sebalik jenama HABIB berikut;

Kisah Sebalik Jenama HABIB 

Diasaskan oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif, jenama HABIB sudah dikenali sejak tahun 1958. Beliau telah membuka sebuah kedai di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai kawasan Jeweller’s Corner.

Foto – HABIB JEWELS

Sebelum membuka kedai barangan kemas, Datuk Haji Habib pernah bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang selepas perang dunia kedua.

Sambil bekerja beliau melihat pelanggan dari Jeweller’s Corner keluar dengan senyuman selepas membeli barangan kemas. Sejak dari itu, dia mula membuka kedainya sendiri.

Foto – HABIB JEWELS

Tapi nak nampak lain daripada peniaga barangan kemas yang lain, Datuk Haji Habib mula menjual berlian dan batu permata.

Bapa Borek Anak Rintik

Siapa sangka satu-satunya anak lelaki pengasas HABIB iaitu Dato’ Sri Meer Habib turut memiliki minat yang sama.

IKLAN

Foto – HABIB JEWELS

Meskipun bapanya adalah pengasas jenama ini, Dato’ Sri Meer turut menyumbang tenaga dan idea untuk membuatkan HABIB dikenali ramai sehingga kini.

Melihatkan permintaan tinggi dalam pasaran, Dato’ Sri Meer mula mendapat ilham dan HABIB mengeluarkan pelbagai koleksi berlian dan batu permata seperti rantai labuh, kerongsang dan butang baju Melayu.

Bina Bilik Pameran Pertama Di Malaysia

Pada tahun 1986, HABIB telah membina dan membuka bilik pameran pertama di Semua House. Tujuannya adalah untuk berikan perkhidmatan peribadi pada pelanggan.

Foto – HABIB JEWELS

Malah kedai emasnya diubah dengan konsep mesra pelanggan di mana tiada jeriji logam seperti kebanyakan kedai emas.

Foto – HABIB JEWELS

Berani Berkolaborasi Dengan Jenama Luar 

Mahu menjadi jenama yang utama di hati pelanggan, HABIB telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti:

Foto – HABIB JEWELS
  • Hearts On Fire® dari Amerika Syarikat yang mempunyai potongan berlian yang sempurna di dunia.
  • Stephen Webster dari London
  • Pandora dari Denmark
Foto – HABIB JEWELS
  • Les Georgettes by Altesse dari Perancis
  • TOUS dari Sepanyol
  • Ice-Watch dari Belgium (Pengedar tunggal jam tangan mewah mampu milik)

Pada masa yang sama HABIB turut memperluaskan perniagaannya dalam beberapa industri lain iaitu:

Foto – HABIB JEWELS
  • Penjualan barangan kemas mewah antik menerusi jenama Chantique.
  • Perkhidmatan pajak gadai Islam pertama yang menerima berlian, batu permata dan emas iaitu Ar-Rahnu Express dan TimeZone.
  • Industri perhotelan, Hotel Jewels yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Untuk mendapatkan barangan HABIB dalam talian, jenama ini turut menawarkan perkhidmatan menerusi e-store di web rasmi HABIB JEWELS.

Tags: HABIB JEWELSkisah habib jewelspengasas habib jewels
Share14SendShare

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.