Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

HUAWEI P50 Pro & P50 Pocket: Sebab Kenapa Pencinta Teknologi & Fotografi ‘Luluskan’

by Sofie Azizlan
January 13, 2022
HUAWEI P50 Pro & P50 Pocket: Sebab Kenapa Pencinta Teknologi & Fotografi ‘Luluskan’

Foto - HUAWEI

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Semalam (12/1/2022) jenama teknologi HUAWEI tealah melancarkan dua peranti baru iaitu P50 Pro dan telefon boleh-lipat P50 Pocket.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan keupayaan Optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro. Spesifikasi ini memberikan kualiti gambar yang terbaik dan membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.

HUAWEI P50 Pro 

Untuk peranti yang diperkenalkan dalam reka bentuk Kamera Dwi-Matrik, pengguna boleh mendapatkan dua kemasan premium iaitu Cococa Gold dan Golden Black.

Foto – HUAWEI

Spesifikasi peranti HUAWEI P50 Pro:

  • Skrin dan bateri lebih besar sambil mengekalkan penampilang peranti yang langsing dan ringan.
  • Menggunakan tetapan 4 lesan iaitu (1) 50MP kamera True Chroma dan sensor F/1.8, (2) 40MP True Chroma dan sensor Mono F/1.6, (3) 13MP untuk sudut ultra lebar dan (4) 64MP lensa telefoto bersama sensoir F/3.5 serta teknologi OIS.
Foto – HUAWEI
  • Menyokong kadar zum sehingga 200% yang menghasilkan imej yang sangat jelas.
  • Untuk video, peranti ini menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat fokus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro.

HUAWEI P50 Pocket 

Miliki dwi-bulatan ikonik seperti siri HUAWEI P50, telefon boleh-lipat ini menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar.

Telefon boleh-lipat ini dikeluarkan dalam warna putih dan Premium Gold iaitu satu warna dalam Edisi Premium.

Foto – HUAWEI

Spesifikasi peranti HUAWEI P50 Pro:

IKLAN

  • Sangat ringan dan nipis dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.
  • Kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz, kadar persampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz yang dapat melindungi mata pengguna.
  • Kamera Matrik Ultra Spectrum dihadirkan dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain.
  • Boleh menangkap dan hasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD Huawei dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
  • Skrin Luaran menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca dan kawalan pelbagai ciri.
Foto – HUAWEI

Info untuk kamu;

Huawei P50 Pocket boleh dikatakan dikeluarkan ‘khas’ untuk wanita apabila peranti ini miliki teknologi untuk mengesan sunscreen iaitu sebanyak mana anda gunakan sunscreen, jumlah penggunaan yang sepatutnya dan kawasan yang memerlukan penggunaan sunscreen.

Selain itu peranti ini juga boleh memberitahu adakah anda sudah membuang solekan sepenuhnya di wajah dan sebagainya.

HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12/1/2022 didapati di web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores. Manakala pengguna juga boleh dapatkan di platform dan kedai rasmi bermula 22 Januari 2022.

Harga HUAWEI P50 Pro: RM4199 (Nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2100)

Harga HUAWEI P50 Pocket: RM 5999 | RM7299 Edisi Premium. (Nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2700)

Tags: huaweihuawei malaysiahuawei p50 pockethuawei p50 pro
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

3 Koleksi Pinggan Mangkuk Mahal Versi Kelopak Kubis, Kamu Suka Yang Mana?
Gaya Hidup

3 Koleksi Pinggan Mangkuk Mahal Versi Kelopak Kubis, Kamu Suka Yang Mana?

by Iza B
June 25, 2022
0

Memang ada sahaja yang unik tentang koleksi pinggan mangkuk! Sejak dua menjak ini kalau anda rajin scroll Instagram ada sahaja...

Baca Lagi
Comvita, Pengeluar Madu Manuka No.1 New Zealand Buka Kedai Di Malaysia
Gaya Hidup

Comvita, Pengeluar Madu Manuka No.1 New Zealand Buka Kedai Di Malaysia

by IamLisa
June 24, 2022
0

Madu Manuka merupakan makanan semula jadi yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti-radang, antioksidan, dan modulasi imun unik yang menyokong kesihatan tubuh...

Baca Lagi
Intermark Mall: Jom Selami Dunia ‘Amazing Borneo’ Di Tengah KL!
Gaya Hidup

Intermark Mall: Jom Selami Dunia ‘Amazing Borneo’ Di Tengah KL!

by Sofie Azizlan
June 23, 2022
0

Buat pertama kalinya Intermark Mall bekerjasama dengan Borneo Street KL untuk membawakan dunia 'Amazing Borneo' di tanah Semenanjung. Menerusi kerjasama...

Baca Lagi
Love Beauty and Planet Tanam Sebatang Pokok Bagi Setiap Pembelian Produk Rambut
Gaya Hidup

Love Beauty and Planet Tanam Sebatang Pokok Bagi Setiap Pembelian Produk Rambut

by IamLisa
June 23, 2022
0

Inisiatif baru ini bertujuan untuk memberi ilham kepada generasi yang cakna dengan kecantikan bersih serta planet ini. Love Beauty and...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  2. 2

    10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

  3. 3

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  4. 4

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.