Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Harga Beg Tangan Chanel Naik Sehingga 60%, Mahu ‘Sebaris’ Dengan Hermès

by Lisa AG
January 12, 2022
Foto - The Fashion Law

Foto - The Fashion Law

30
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa merupakan pencinta jenama Chanel kena bersedia dengan kenaikan harga untuk beberapa koleksi beg tangan klasiknya. Hal ini dilaporkan Hypebeast bahawa Chanel telah menaikkan harganya sekitar 60%.

Bloomberg melaporkan bahawa jurucakap syarikat itu mendakwa kenaikan harga adalah disebabkan “turun naik kadar pertukaran yang tidak ditentukan, perubahan dalam kos pengeluaran dan untuk memastikan kos beg tangan hampir sama di seluruh dunia.”

Foto – Purseblog

Beg Chanel yang mana akan melakukan peningkatan harga? Majoriti koleksi klasik yang menjadi idaman pembeli akan berlaku kenaikan harga. Beg yang akan terjejas termasuk Chanel Coco Handle, Chanel Business Affinity, dan Chanel Boy Bag with Handle.

Menurut Jefferies Group, Chanel small classic flap bag menyaksikan kenaikan harga sebanyak 60% sehingga $8,200 USD di pasaran USA. Beg tangan yang lebih besar, juga dikenali sebagai 2.55 juga melonjak kepada $9,500 USD selepas kenaikan harga keempat jenama itu dalam tempoh dua tahun.

Foto – Edward Berthelot/Getty

Kenaikan harga Chanel telah membuatkan beberapa jenama lain tampil membuat spekulasi. Ketua Pegawai Eksekutif Rebag, Charles Gorra percaya bahawa Chanel menyasarkan status beg tangan Hermès, mengekalkan diri mereka pada peringkat tertinggi dalam fesyen mewah.

“Chanel sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia Hermès dan tidak mahu lagi sebaris dengan Louis Vuitton dan Gucci.

Dengan menaikkan harga, Chanel menjadikan jenama mereka lebih eksklusif dan mewujudkan keinginan yang lebih besar untuk jenama itu.

BACA:  Meganya Penampilan Bila Menggayakan Pilihan Beg Tangan Mewah Ini
FILED UNDER beg tanganchanelkoleksi beg tangan chanel
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.