Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Siti Nur Aliaa Inspirasi Wanita, Jadi Pelumba Pertama Sertai Misi Jelajah Dunia Di Sepanyol

by Soph.Azz
January 12, 2022
Foto - @aliaa.mansorr (IG)

Foto - @aliaa.mansorr (IG)

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pelumba basikal Terengganu, Siti Nur Aliaa Mansor telah menjadi wanita pertama Malaysia dan Asia Tenggara yang akan menyertai UCI Women’s World Tour.

Siti yang bakal berlepas ke Sepanyol pada 13 Januari 2022 ini telah direkrut oleh pasukan pelumba profesional, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol. Untuk misi jelajah dunia ini, Siti telah menandatangani kontrak selama setahun.

“Impian jadi kenyataan apabila saya menandatangani kontrak daripada pasukan basikal wanita di ranking kelima dunia.”

https://www.instagram.com/p/CYgYLOclv_9/

Kongsi wanita berusia 21 tahun ini dia telah dihubungi oleh jurulatih pasukan profesional tersebut dan mengambil masa hampir sebulan sebelum membuat keputusan.

“Awalnya saya dihubungi Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang melatih pasukan Canyon-SRAM pada Jun 2021 lalu. Dia beritahu mahu mendaftarkan saya ke dalam pasukan itu.”

https://www.instagram.com/p/CIyDQlfldWQ/

Melihatkan kejayaan Siti, Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri iaitu Wan Sukairi Wan Abdullah telah memberi elaun sebanyak RM300 bagi membantunya ketika menetap di Sepanyol.

Walaupun gementar untuk menyertai misi jelajah dunia ini, Siti yang pernah memenangi pingat perak dan gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 ini mendedahkan akan mengharumkan nama negara.

https://www.instagram.com/p/CXiZd8YlhTL/

“Saya berharap dapat membalas pengorbanan keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti.”

SUMBER: 1, 2

FILED UNDER pelumba basikal wanita malaysiasiti nur aliaa mansor
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.