Tahun 2022 jatuh kepada Tahun Harimau. Setiap tahun dan perayaan, jenama unggul SK-II meraikan dalam menampilkan pembungkusan penuh eksklusif untuk produk terlaris mereka PITERA™ Essence.
Kali ini untuk tahun baru, idea kreatif apa pula menjadi pilihan SK-II? Diilhamkan oleh keberanian, kuasa dan kekuatan harimau, reka bentuk edisi terhad memasukkan tujuan dan mantera jenama SK-II iaitu “Destiny is not a matter of Chance, is a matter of Choice”.
- Foto – SK-II
Menampilkan botol berwarna oren dengan tulisan “Rewrite Destiny”, pasti mata akan terpikat dengan kemewahan yang ada pada botol tersebut.
IKLAN
Ciptaan Yang Tidak Berubah Selama Lebih 40 Tahun
Keistimewaan produk ini ialah ramuannya tidak berubah selama lebih 40 tahun. PITERA™ Essence ialah signature dan produk terlaris sepanjang zaman. Dengan lebih daripada 90% PITERA™, ia digemari oleh berjuta-juta wanita di seluruh dunia kerana kuasa transformatifnya kepada Kulit Sejernih Kristal.
- Foto – SK-II
Rahsia di sebalik PITERA™ Essence berlaku lebih 40 tahun yang lalu di sebuah kilang sake di Jepun. Di mana berdasarkan pemerhatian tangan tukang Toji kelihatan sangat muda berbeza dengan wajahnya yang keriput.
Jadi, raikan Tahun Harimau dengan Edisi Terhad SK-II PITERA™ Essence, hadiah terbaik untuk Crystal Clear Skin! Info lanjut di sk-ii.com.my.