Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Balmain & Barbie Kolaborasi, Hasilkan Koleksi ‘Genderless’ Yang Fun

by Lisa AG
January 8, 2022
Foto - Balmain x Barbie

Foto - Balmain x Barbie

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Ini bukan sekadar impian seorang pereka, tetapi juga impian seorang kanak-kanak,” kata Olivier Rousteing kepada Vogue.

Itu yang diluahkan pengarah kreatif Balmain tentang kolaborasi bersama Barbie. Balmain dan Barbie telah malancarkan perkongsian baharu mereka yang meraikan sumbangan kedua-dua entiti kepada fesyen dan budaya.

Foto – Balmain x Barbie

Menampilkan helaian sedia untuk dipakai dan aksesori eksklusif, kerjasama itu menandakan projek sulung antara rumah fesyen mewah Perancis dan anak patung paling terkenal di dunia itu.

Ensemble mewah ini menampilkan lebih 50 helaian yang didominasi dengan warna pink dan logo Barbie 1900-an bersama corak marinière dan Labyrinth Balmain.

Foto – Balmain x Barbie

Koleksi termasuk pelbagai helaian daripada sut sutera untuk si lelaki kepada dress bodycon berstruktur untuk wanita. Menariknya koleksi ini merupakan ‘genderless’, adalah hampir 100% koleksi uniseks.

IKLAN

“Memandangkan imej kempen kami jelas, Barbie dan Balmain memulakan pengembaraan yang berbilang budaya, inklusif dan penuh kegembiraan. Kami berjaya menunjukkan gaya Balmain yang diilhamkan oleh keindahan pelbagai dan menarik terdapat di jalan raya Paris pada hari ini.

Foto – Balmain x Barbie

Siapa sangka semasa kecil, Olivier Rousteing mempunyai impian. Begitu sukakan Barbie, sampai ingin mencipta sesuatu dari anak patung kegemarannya. Sekarang, impian itu menjadi kenyataan.

Balmain x Barbie akan berada di pasaran bermula 13 Januari melalui laman web www.balmain.com, butik Balmain, Mattel Creations, dan peruncit global yang lain.

#MimpiItuPercuma!

Tags: balmainbarbiefesyen genderlessolivier rousteing
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Balmain & Barbie Kolaborasi, Hasilkan Koleksi ‘Genderless’ Yang Fun

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.