Tepat pada masanya untuk melangkah ke tahun baharu, Kumpulan dUCk mempersembahkan koleksi sedia bercutinya, dengan kerjasama Barbie, ikon fesyen yang menjadi kegemaran ramai orang.
Koleksi Barbie™ x dUCk eksklusif ialah rangkaian bertemakan percutian yang penuh keseronokan bagi meraikan Malibu Barbie™ yang hebat. Menampilkan selendang, beg dan kosmetik bertema Malibu edisi terhad, dUCk juga telah melancarkan rangkaian pertama mereka yang sedia untuk dipakai untuk kanak-kanak.
“Sama seperti kebanyakan gadis, saya membesar dengan Barbie™. Medandaninya, setiap hari saya habiskan berjam-jam menentukan fesyen tanpa henti dengan Barbie™. Saya telah dibawa ke dunia yang penuh dengan kemungkinan.
IKLAN
Kami mahu anda, membuat kenangan indah dan diingatkan tentang impian yang boleh anda miliki untuk tahun baru ini, seperti yang kami lakukan. Memandangkan dUCk terus berkarya, kami berharap dapat membawa lebih banyak kerjasama yang menarik tahun ini, jadi nantikan!”- tambah Vivy.
Semasa kita berdepan dengan tahun baharu, Kumpulan dUCk akan terus meraikan pelbagai cara untuk menjadikan fesyen sederhana menyeronokkan, imaginatif dan berwarna-warni. Koleksi bertenaga ini diinspirasikan oleh Malibu Barbie™ yang menyukai pantai dan Malibu Dreamhouse ikoniknya.
Peminat boleh menikmati pemandangan percutian klasik dengan siluet ikonik Barbie™, dengan langit biru terang dan belon udara panas yang menarik yang digambarkan dalam reka bentuk koleksi.