Berdasarkan kalendar lunar Cina, tahun 2022 merupakan tahun harimau. Seiring dengan tanda zodiak tersebut, jenama ikonik iaitu Onitsuka Tiger telah melancarkan projek “Year Of Onitsuka Tiger“.
Projek yang diberi nama Projek 1 ini telah merangkumi beberapa siri produk yang bermotifkan harimau hasil kolaborasi dengan pelbagai artis.
Projek 1: Onitsuka Tiger X Nirasawa
Dalam projek ini, Onitsuka Tiger telah berkolaborasi dengan pereka dan pembuat model Jepun yang terkenal iaitu Yasushi Nirasawa. Nirasawa yang digelar sebagai Genius Heteromorphy ini telah menampilkan koleksi yang paling istimewa untuk pelanggan Onitsuka Tiger.
IKLAN
Antara tampilan koleksinya adalahnya dua mahkluk yang bernama OnitsukaTiger Man yang berwarna biru dan merah. Dipadankan pula dengan corak yang diilhamkan oleh Onitsuka Tiger Stripes.
Dalam masa yang sama, pemodel figura iaitu Takayuki Takeya telah mencipta figura OnitsukaTiger Man berdasarkan ilustrasi 3D. Figura ini akan dipaparkan di kedai utama Onitsuka Tiger iaitu di Omotesando dan beberapa lokasi lain.
[Ralat: Figura OnitsukaTiger Man yang dicipta oleh Takayuki Takeya tidak dijual.]
Untuk koleksi kolaborasi ini, kamu boleh dapatkannya di kedai Onitsuka Tiger Pavilion KL bermula dengan harga pada RM399 hingga RM699. Happy shopping!