Perasan tak aksesori dalam filem Don’t Look Up di Netflix, cantik-cantik dan sangat menyerlah hingga tarik perhatian penonton?
Kalau kamu nak tahu setiap satu aksesori tersebut adalah daripada Cartier!
Ye jenama mahal ini telah dipakai oleh pelakon dalam filem tersebut seperti Leonardo DiCaprio, Meryl Streep dan Cate Blanchett.
Jom intip aksesori dari Cartier pada pelakon-pelakon ini.
IKLAN
Pelakon Meryl Streep telah mengenakan sepasang anting-anting dan cincin iaitu:
- Trinity de Cartier earrings, 18k white gold, 18k yellow gold, 18k rose gold [BELI]
- Trinity de Cartier ring, large model, 18k white gold, 18k yellow gold, 18k rose gold [BELI]
Manakala Leonardo DiCaprio telah memakai jam tangan iaitu jam tangan Cartier Tank solo yang bermodel besar. Jam ini diperbuat daripada keluli dan kulit.
Cate Blanchett pula telah memadankan gaun merahnya dengan sepasang rantai iaitu Clash de Cartier bermodel medium yang diperbuat daripada 18k rose gold.
- Clash de Cartier necklace, medium model, 18k rose gold [BELI]
Untuk info kamu, pelakon Don’t Look Up iaitu Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Meryl Streep dan Cate Blanchett telah dicalonkan dalam enam Critics Choice Awards.