Mempunyai elemen #InstagramWorthy, patutlah ia menjadi kegemaran ramai selebriti dan influencer. Bilik yang kosong dan ‘biasa-biasa’ boleh naik seri bila ditambah dengan cermin curvy ini.
Bingkai cermin yang tidak konvensional dan playful membantu mencerahkan ruang dalaman dan perasaan. Bayangkan sahaja di tengah tekanan, melihat cermin unik terus akan menaikkan hormon serotonin.
Di bawah, jom kita lihat cara selebriti dan influencer ini menjadikan cermin curvy sebagai statement.
Blackpink Jisoo
- Foto – IG Blackpink Jisoo
Idol bergelar pelakon ini mempunyai dua koleksi cermin curvy, lavender dan putih yang diletaknya di bilik wardrobe dan ruang tamu. Dipetik dari Tatler Asia, cermin unik Jisoo merupakan rekaan pereka Sweden Gustaf Westman.
Demi Lovato
Hartanah baru Demi Lovato, sebuah rumah ladang baru yang menampilkan elemen glam berwarna-warni penuh ceria. Masuk ke dalam bilik, cermin curvy besar custom-made oleh Gustaf Westman memenuhi ruang.
Maddie Ziegler
Aktres dan penari Maddie Ziegler meletakkan cermin curvy besar di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Ini menghidupkan lagi deko rumahnya yang cozy, confirm rasa tak nak keluar rumah.
Jane Chuck
Fashion influencer Jane Chuck memilih untuk meletakkan cermin di sudut bilik tidurnya. Pantulan pencahayaan semula jadi menjadikan ia sangat aesthetic.
Ternyata hiasan kreatif cermin curvy ini mampu membangkitkan mood!