Fesyen ikon dan model, Kendall Jenner mengingatkan kita semula pada fesyen checkerboard serta knitwear.
Walaupun ada yang berfikir fesyen ini sudah lapuk dan tidak moden. Tapi Kendall berjaya buktikan fesyen ini masih lagi relevan untuk tahun 2022.
Monokrom Pilihan Yang Tepat
Menerusi IG Story, Kendall dilihat memakai checkered vest hitam dan putih yang dipadankan dengan seluar hitam serta boots putih. Nak nampak lain daripada kebiasaannya, Kendall hanya mengenakan checkered vest sebagai topnya.
Warna-Warni Seperti Pelangi
Kendall telah memilih checkerd vest yang berwarna warni yang dipadankan dengan sepasangan baju lengan panjang dan seluar yang berwarna hitam. Padanan yang sempurna!
IKLAN
Ringkas Tapi Masih Bergaya
Kendall menggabungkan oversized sweater checkerboard yang berwarna biru dan hijau dengan bootcut trousers hitam serta boots hitam. Gaya ringkasnya itu dilengkapkan dengan seutas rantai manik.
‘Lapisan’ Tak Pernah Membosankan
- Foto – @kendalljenner (IG)
Untuk look ini pula, Kendall melapiskan checkered vest hitam dan putih di atas sweatshirt putihnya. Kemudian dia lengkapkan gayanya dengan sepasang boots hitam dan sweatpants yang berwarna kelabu.
Cantik-cantik kan koleksi checkered knit milik Kendall?