Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Bahaya Menanti Jika Orang Dewasa Cium Mulut Bayi

by Soph.Azz
January 6, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sumpah teruja dan rasa geram bila tengok bayi, lebih-lebih lagi bila pandai beri respon ketika diusik. Mulalah ada yang rasa nak peluklah atau cium kerana kecomelan mereka.

Tapi sebelum itu bolehkah kamu sembarangan pegang dan cium bayi? Jawapannya sudah tentulah tidak!

Selain daripada perlu meminta izin daripada ibu bapanya, Wanista harap kamu tidak lakukan tabiat mencium bayi terutamanya di bahagian bibir kerana ada bahayanya.

Tabiat Cium Beri 8 Bahaya Pada Bayi 

Kebanyakan orang dewasa tidak sedar melalui tabiat mencium bayi terutamanya di bibir boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius. Antaranya adalah;

#1 Batuk, selsema dan demam 

Info untuk kamu selsema, batuk dan demam boleh berjangkit melalui droplet atau airborne.

GIF – GIPHY

Apabila batuk atau bersin, droplet dan airborne ini akan kekal di udara dan boleh terkena pada bayi yang dicium. Kesannya bayi tersebut akan alami simptom penyakit yang sama selepas beberapa hari.

#2 Cacar air 

Cacar air yang terjadi disebabkan oleh virus varicella zoster adalah penyakit yang berbahaya dan cepat menular.

90% individu yang tidak pernah alaminya akan dijangkiti apabila bersentuhan dengan mereka yang memiliki virus ini.

Jadi bila kamu miliki virus ini, ia akan mudah berjangkit pada bayi melalui droplet atau airborne apabila kamu batuk atau bersin.

#3 Herpes 

Herpes adalah penyakit kelamin. Penyakit ini boleh disebarkan melalui ciuman oleh penghidap kepada bayi dan boleh meragut nyawa.

#4 CMV 

CMV atau Cytomegalovirus adalah virus yang seakan-akan herpes. Penghidap CMV akan menunjukkan simptom seperti selsema dan ada yang tidak tunjukkan sebarang gejala.

IKLAN

Foto – Pinterest

CMV ini disebarkan melalui air liur. Jadi kalau cium bibir bayi, automatik perpindahan air liur akan berlaku. Kesannya bayi akan sakit dan boleh mengancam nyawa mereka.

#5 Pneumonia 

Bagi yang tidak tahu, pneumonia adalah penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh bakteria Pneumokokal. Penyakit ini kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun yang terdedah sentuhan atau ciuman individu yang mempunyai bakteria ini.

#6 Penyakit kaki, tangan, mulut 

Penyakit ini sering menyerang kanak-kanak dan bayi yang berusia di bawah 5 tahun. Penyakit ini juga boleh menyebabkan luka di seluruh badan dan mulut.

Foto – Pinterest

Antara simptomnya adalah kanak-kanak akan berasa letih, ulser, sakit tekak, demam dan tidak selesa.

#7 Alahan 

Selain daripada makanan, kebanyakan bayi juga mengalami alahan terhadap habuk dan alat solek seperti gincu.

Gincu mengandungi gluten yang boleh menyebabkan tindak balas autoimun dalam badan. Bayi yang terkena gincu akan berisiko mendapat kanser dan gangguan autoimun yang lain.

#8 Mononukleosis 

Berasal dari virus Epstein-Barr, mononukleosis boleh menular melalui air liur. Bila kamu mencium, batuk atau bersin pada bayi, air liur yang mengandungi virus ini akan terkena pada bayi.

Foto – Pinterest

Bayi yang dijangkiti akan berisiko mengalami komplikasi yang serius seperti pembesaran limpa, penyakit kuning dan kerosakan hati.

Memang geram rasa nak cium saja bayi yang comel, tapi lebih baik batalkan niat kamu okay?

RUJUKAN: 1, 2

Tags: bahaya cium bayipenyakit cium bayitabiat cium bayi
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Bahaya Menanti Jika Orang Dewasa Cium Mulut Bayi

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.