Team Wanista nak tanya, ibu-ibu yang mengandung pernah tak alami Pelvic Girdle Pain (PGP) iaitu rasa sakit pada bahagian ari-ari? Sampaikan nak jalan pun rasa sakit yang teramat!
Info penting: 1 dalam 5 wanita mengandung akan alami situasi ini. PGP adalah sakit yang melibatkan bahagian ari-ari hingga ke bahagian belakang termasuklah tulang pinggul dan paha.
Apabila tiga sendi di tulang pinggul telah ‘bekerja’ dan bergerak tidak seragam, kesannya tulang pinggul akan jadi tak stabil dan sakit. Sebab itulah ibu mengandung mula rasa sakit pada bahagian bawah ari-arinya.
Nak tahu macam mana nak rawat atau atasi rasa sakit pada bahagian bawah ari-ari? Jom baca perkongsian oleh Dr. Muhammad Izzat.
Tips Atasi & Rawat Sakit Di Bahagian Bawah Ari-Ari
Dedah Dr. Izzat semakin bayi membesar, semakin sakit pada bahagian bawah ari-ari.
“Bila baby makin besar dalam rahin, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.”
IKLAN
Selain itu, perubahan hormon juga boleh menyebabkan sendi tulang pinggul menjadi longgar dan tidak stabil. Ini disebabkan oleh proses menyediakan tulang pinggul untuk jadi lebih besar dan fleksibel untuk kelahiran bayi.
Kebiasaannya sakit pada bahagian ari-ari ini akan datang bila alami situasi ini;
- Jalan di permukaan yang tak rata
- Kangkang ketika keluar atau masuk kereta
- Naik tangga, pakai seluar atau kain – berdiri pada sebelah kaki
- Ketika buat hubungan seksual dengan pasangan
Jadi ibu-ibu mengandung yang nak kurangkan sakit pada bahagian ari-ari, sila amalkan tips berikut;
- Kena kekal aktif dan dapatkan rehat yang secukupnya.
- Sentiasa tukar posisi terutamanya ketika duduk jangan lebih daripada 30 minit.
- Ketika pakai kain atau seluar, jangan pakai semasa diri. Tapi duduk dan pakai.
- Ketika berdiri kena seimbangkan berat badan pada kedua-dua kaki.
- Ketika keluar dan masuk kereta, pastikan kaki rapat dan jangan terlebih kangkang.
- Nak pusing-pusing di katil, pastikan kaki sentiasa rapat.
- Ketika tidur letak bantal kecil di bahagian belakang dan antara kaki untuk sokongan tambahan.
Ingat kalau tak tahan sakit pada bahagian bawah ari-ari, rasa sakit ini boleh dikurangkan juga dengan rawatan fisioterapi. Selamat beramal!