Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

by Soph.Azz
January 5, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

484
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kaum Hawa memang nampak mudah untuk bergaul dan sukakan seseorang. Tetapi percaya tak kalau Wanista kata kaum Hawa sebenarnya sangat cerewet dalam memilih pasangan?

Tak semua lelaki yang mendekatinya atau dia dekati akan tepati citarasanya. Tambah-tambah lagi bila kenal perangai sebenarnya lelaki.

Jadi nak tahu tak perangai lelaki yang manakah buatkan wanita mula jauhkan diri dan tidak suka? Semak di bawah;

Perangai 1: Suka Sangat Menyampuk 

Bila berjumpa dengan lelaki begini, memang tak mahulah kenal lebih rapat. Bukan apa bila dengar kita bercerita, mereka akan cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk.

Foto – Pinterest

Mulalah menyampuk dan cerita tentang dirinya dari A sampai Z.

Perangai 2: Suka Memerintah 

Lelaki begini sangat suka kawal situasi dan pasangannya. Apabila dia memerlukan sesuatu, dia tidak akan minta pertolongan tapi beri arahan untuk lakukannya.

Seperti contoh, masak untuknya atau pergi membeli barang untuk keperluannya.

Perangai 3: Senang Nak Berang Atau Marah 

Perangai begini akan buatkan wanita lebih menjauhkan diri. Lelaki yang cepat berang, marah, suka mengutuk atau mengkritik akan membuatkan wanita hilang minat dan suka pada mereka.

Foto – Pinterest

Kebanyakan yang berperangai begini, lelaki akan anggap diri mereka mempunyai kuasa untuk kawal hubungan tersebut.

IKLAN

Perangai 4: Suka Kongkong

Boleh dikatakan semua perkara nak kongkong, tak kiralah keluar dengan kawan atau berjumpa dengan client (untuk yang bekerja). Jika tidak diberitahu dengan terperinci, memang bergaduhlah.

Foto -Dreamstime

Mereka akan anggap bila kamu tidak dikongkong, kamu akan melakukan sesuatu di luar batas seperti curang atau bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

Perangai 5: Ego Tinggi Melangit 

Paling merimaskan kerana lelaki dan ego memang tak boleh dipisahkan! Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi akan buatkan mereka mempunyai kuasa ‘veto’  untuk kawal hubungan dan hidup pasangannya.

Foto – Pinterest

Kadang kala lelaki yang ego ini akan bertindak tanpa memikirkan pasangan mereka, asalkan dirinya puas dan selesa.

Perangai 6: Menipu 

Perasan tak bila lelaki menipu, mulalah dia beri alasan yang tak masuk akal dan tidak munasabah. Tak kisahlah tentang statusnya atau apa-apa sahaja, bila tak terus terang dan wanita tahu tentangnya memang akan buatkan semua wanita jauhkan diri.

Perangai 7: Sangat Pengotor

Ada sesetengah lelaki, mereka tak sedar sebenarnya mereka adalah seorang yang pengotor. Contohnya tidak bersihkan diri, meludah, makan berbunyi dan sebagainya.

Foto – Pinterest

Malah ada juga yang jarang-jarang sekali basuh pakaian mereka, sampaikan boleh bau busuk daripadanya. Jangan terkejut pula ye!

Jadi itulah antara perangai lelaki yang wanita paling akan elak dan tak suka. So check pasangan kamu, ada tak perangai di atas.

Tags: perangai buruk lelakiPerangai Lelakitak suka perangai lelaki
Share194SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - @nurul.zahid  / @mahadibz (IG)
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

January 4, 2022
Foto - @anieshashim (TikTok)
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

January 4, 2022
Foto - Showbiz
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

January 3, 2022
Foto - Pinterest
Cinta & Perhubungan

6 Perkara Kamu Kena Tahu Bila Dating Dengan Wanita Yang Single Terlalu Lama

January 1, 2022

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.