Bakat wanita ini cukup mengagumkan. Anda boleh buat ke solekan yang ditonjolkan dalam videonya? Ini dah tahap profesional.
Wanista ini mempunyai kepakaran mencipta solekan ilusi dengan watak seperti topeng. Berkat kreativitinya, warga net memuji hasil solekannya. Solekan itu dikongsi oleh akaun TikTok @dwiristiwanti1. Dalam video yang dimuat naik, dia memakai tudung hitam dan cermin mata.
@dwiristiwanti1
Kalau dilihat dari jauh anda akan terkejut melihat mukanya, anda rasakan dia memakai topeng. Walhal itu solekan semata-mata. Dia kemudian zoom supaya dapat melihat dengan lebih dekat. Apabila mata kanannya berkelip, warga net terkejut kerana menyangka wanita dalam video itu memakai topeng.
Sehingga kini, video tersebut tular dan menerima tontonan lebih 14 juta.
Dwi turut berkongsi video tutorial dia mengenakan solekan ilusi selepas mendapat permintaan pengikutnya.
@dwiristiwanti1 Reply to @nabilasindy_ Ilusi Semata 🙂😆 #Illusionmakeup #artmakeup #3Dmakeup#voiceeffects
Kalau anda follow TikTok wanita ini, ternyata dia sangat berbakat dalam dunia solekan kesan khas. Dipetik dari Wolipop, Dwi berkata, dia meminati dunia solekan sejak 2016. Dan mula mencuba seni solekan pada tahun 2020.
Hebat sungguh!