Sumpah rimas gila bila tengok makin banyak dan ketara penampakan whitehead dan blackhead di muka!
Mulalah tangan sibuk nak picit, rasa nak ‘sagat’ dan cari rawatan yang sesuai untuk hilangkan whitehead dan blackhead secara efektif.
Okay first sekali jangan risau kerana Wanista ada caranya untuk hilangkan whitehead dan blackhead di wajah kamu secara semula jadi. Yang best sekali, mudah dan jimat duit.
Jom scroll dan baca di bawah;
Cara 1: Sapu Bawang Putih Di Muka
Untuk cara pertama kamu boleh gunakan beberapa ulas bawang putih untuk hilangkan whitehead dan blackhead di wajah.
Caranya ambil beberapa ulas bawang putih dan jadikan sebagai jus. Sapu jus bawang putih pada kawasan yang ada whitehead dan blackhead. Biarkan sehingga separuh kering dan bilas muka dengan air suam.
Bawang putih mengandungi allicin iaitu sebatian antikulat dan antibakteria. Fungsinya adalah menyedut kotoran dan minyak yang menyebabkan whitedhead dan blackhead muncul.
IKLAN
Cara 2: Letak Hirisan Kentang Mentah
Cara yang kedua pula adalah menggunakan kentang iaitu dengan hiris atau parut sebiji kentang. Kemudian ambil kentang tersebur dan letak di bahagian yang ada whitehead dan blackhead.
Tunggu sehingga air daripada kentang kering dan bilas muka dengan bersih menggunakan air. Nak kesan lebih ketara, amalkan sebanyak 2 kali seminggu.
Info untuk kamu, kentang berfungsi dalam menyerap lebihan sebum dan membuang bakteria yang terkumpul di muka seperti whitehead serta blackhead.
Pada masa yang sama selain menggunakan kedua-dua cara di atas, kamu juga boleh atasi masalah blackhead dan whitehead dengan langkah berikut:
- Pilih pencuci muka yang sesuai dan betul mengikut jenis kulit. Ini kerana pencuci muka yang betul dapat bersihkan kulit secara mendalam dan membuang kotoran dengan lebih berkesan.
- Bila perasan ada whitehead atau blackhead di muka, rawat dari awal. Selain gunakan pencuci muka, cuba gunakan beberapa produk yang khas untuk rawat masalah ini.
- Paling penting adalah buang kulit mati dengan menggosoknya. Sama ada gunakan cleansing oil atau scrub, gosok muka kamu untuk buang kulit mati dan kotoran lain.
Ingat tak rawat dengan segera, blackhead dan whitehead boleh merosakkan kulit kamu dalam diam tau!