Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)

34
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya dengan segera!

Pakar gynaecology, Dr. Annie Frenkel mengatakan pakai panty liner setiap hari boleh mendatangkan ‘bahaya’ pada bahagian intim dalam kalangan wanita.

Baca perkongsiannya di bawah;

Bahaya Pakai Panty Liner Setiap Hari 

Menerui video TikTok, Dr. Annie mendedahkan apakah bahaya yang boleh didapati jika memakai panty liner.

“Saya tahu ada rasa merengsa di sekitar vulva tapi ianya bukan jangkitan pada faraj tetapi pemakaian panty liner setiap hari yang sebabkan ia berlaku.

Foto – Pinterest

Ujarnya pakai panty liner setiap hari dan secara konsisten boleh rosakkan kulit dan menyebabkan contact dermatitis pada sekitar vulva.

Jadi sebab itulah siapa yang pakai panty liner akan kerap berasa kerengsaan di vulva, gatal-gatal dan seperti ada luka akibat menggaru.

Boleh Buatkan Jadi Lebih Teruk?

Tambah Dr. Annie, selain daripada contact dermatitis akibat panty liner, si pemakai juga berisiko untuk ‘mewujudkan’ Linchen Simplex Chronicus.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, Linchen Simplex Chronicus adalah tindak balas kulit terhadap geseran yang berlaku berulang kali. Tak kiralah sama ada disebabkan gosokan atau garu.

Ia akan muncul di kawasan kulit yang menebal atau kasar, di mana kamu akan rasa seperti ada tanda atau benjolan di sekitar folikel rambut. Rasanya sangat sakit dan gatal-gatal.

Jika alami keadaan ini, ia boleh dirawat dengan minyak, krim dan antihistamine tablet yang boleh didapati di farmasi.

Tak Perlu Pakai Panty Liner, Buat Macam Ini…

Wanista faham perasaan bila lihat ada keputihan di seluar dalam. Bila tak boleh pakai panty liner, apa kata kamu cuba ikut cara Dr. Annie. Bawa ziploc yang mempunyai seluar dalam tambahan untuk kamu tukar setiap kali ada atau rasa keputihan keluar dari faraj.

Foto – Pinterest

Dedahnya lagi sesetengah wanita tidak akan alami masalah ini memandangkan mereka memiliki kulit yang normal dan tidak sensitif. Kalau nak pakai panty liner boleh, tapi pakai bila perlu sahaja ye.

@anniedeliversmd

#obgyn #vulva #contactdermatitis #pantyliners #skin #doctor #women #girls #momsoftiktok #nurse #medical #health #fyp

♬ No Air (feat. Chris Brown) – Jordin Sparks

“Jika kerengsaan tidak hilang selepas menghentikan penggunaan panty liner selama sebulan, cepat berjumpa dengan Gyn anda okay?”

Tags: bahaya panty linerpakai panty liner setiap haripanty liner
Share14SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Foto - Healtline
Kesihatan

Mata Juling Pada Kanak-Kanak Mungkin Disebabkan Oleh 5 Faktor Ini

by IamLisa
December 31, 2021
0

Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari dan melihat ke arah yang berlainan. Biasanya keadaan ini dikaitkan dengan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.