Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

by Soph.Azz
January 4, 2022
Foto - @nurul.zahid / @mahadibz (IG)

Foto - @nurul.zahid / @mahadibz (IG)

1.2k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baraka Allahu lakuma wa baraka ‘alaykuma wa jama’a baynakuma fi khayr.

Dalam diam penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun ini (1/1/2022).

Penyanyi ini telah bergelar sebagai seorang isteri kepada jutawan dan ahli perniagaan iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz.

Di sebalik doa dan rasa gembira atas berita perkahwinan ini, rakan baik Dato’ Sri Mahadi mendedahkan kisah percintaan pasangan ini apabila ramai yang mula tertanya-tanya.

Rupanya Minat Sejak Tahun 2019 Lagi 

Dipetik daripada Murai, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Heliza merupakan wanita idaman rakannya iaitu Dato’ Sri Mahadi.

Sejak tahun 2019 lagi, Dato’ Sri Mahadi telah ‘menyimpan’ perasaan terhadap Heliza dan menganggap perasaan itu hanyalah sekadar peminat terhadap artis.

Foto – News Media Online / Berita Harian

“Masih mencari atau tutup pintu? Ke ada seseorang dalam fikiran? Kena Heliza juga?” tanya Datuk Nurulhidayah.

Heliza tu dream girl saya la kak, tapi tak ada apa-apa pun. Netizen yang minat artis je, gitu”, balas Dato’ Sri Mahadi.

Akui Datuk Nurulhidayah, rakannya itu sudah tetap mahukan Heliza sebagai pelengkap tulang rusuk kirinya walaupun sudah dikenalkan dengan ramai calon isteri.

“Teropong ‘dream girl’ dari jauh. Kenalkan dengan ramai juga tapi dia nak juga ‘dream girl’ dia. Alhamdulillah dah dapat!”, kongsi Datuk Nurulhidayah.

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

Malah Dato’ Sri Mahadi pula mengatakan Heliza adalah jodoh terbaik dan bidadari kiriman Tuhan. Akuinya isterinya itu sering menolongnya dalam banyak benda yang mendekatkan dirinya dengan Tuhan

“Perancangan Allah yang terbaik. Saya rasa Heliza satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Saya nak bagitahu pada semua dan saya nak ucap kepada Heliza. Dia tolong saya banyak benda. Semua kisah-kisah Heliza di media sosial sangatlah betul. Kenali Heliza memang niat dia untuk dekatkan diri kepada Allah.”

Siapa sangka apa yang Tuhan tulis dan tetapkan, Heliza dan Mahadi telah disatukan dengan ikatan yang sah dalam majlis yang berkah.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Datin Sri Heliza Helmi dan pasangan, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: dato sri mahadi badrul zamanheliza helmiheliza helmi kahwin
Share466SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.