Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

by IamLisa
January 4, 2022
Foto - Youtube

Foto - Youtube

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Akhirnya saya mempunyai rumah dan hidup sendiri!”

Sandara Park, idol yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan ikonik 2NE1 telah membuat kemunculan dalam program variety ‘I Live Alone.’ Di sini kita dapat meninjau rutin hariannya hidup sendiri buat kali pertama dalam tempoh 38 tahun.

Kata Dara, sebelum ini dia selalu tinggal bersama ahli keluarga atau rakan kumpulan 2NE1. Perpindahannya itu telah menjadi rancangannya selama kira-kira sepuluh tahun sekarang.

Jadi, apa yang menarik pada kondo wanita 38 tahun ini. Seperti yang dijangka, unit kondo Dara cukup cool seperti dirinya juga. Ruang kondo yang terhad tetapi penuh dengan semua perkara yang unik.

#1 Sesuai dengan status bujang, unit yang selesa di mana bilik tidur dan ruang tamunya dalam satu ruang. Selari dengan katilnya adalah sebuah rak yang menempatkan koleksi peribadi yang dikumpulnya selama ini.

Foto – Youtube
Foto – Youtube

#2 Warna oren menerangi unit kondo Dara, semuanya pantulan dari cahaya dan langsir kuning. Menjadikan ruang sangat aesthetic dan menyeronokkan.

Foto – Youtube
Foto – Youtube

#3 Hanya beberapa langkah dari bilik tidur-ruang tamu ialah dapur. Berbeza dengan unit yang berwarna terang, dapur direka dalam rona hitam hitam matte yang anggun. Highlight pada peti ais yang dihiasi polaroid dari Dara mula-mula debut sampai sekarang, penuh memori tercipta.

Foto – Youtube

#4 Di tepi rak, terdapat beverage cooler menjadikan unit kecil itu bertambah cool. Cooler dicetak dengan foto ikonik gaya rambut biru elektrik separuh panjang ketika zaman 2NE1.

Foto – Youtube

#5 Kata Dara, antara perkara paling dia teruja dengan memiliki ruang sendiri ialah dia akhirnya boleh meletakkan barang peribadinya di mana-mana sahaja yang dia suka. Setiap rak dan meja dihiasi dengan memori dia sebagai seorang penyanyi, menjadikan keseluruhan unit seperti muzium Sandara Park.

Foto – Youtube
Foto – Youtube

Setiap sudut cukup unik dan fun. Siapa yang suka deko seperti ini bolehlah jadikan contoh.

Tags: 2ne1program i live alonerumah sandara parksandara park
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Cosentino
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

by Sofie Azizlan
November 29, 2021
0

Seiring dengan pelancaran Ethereal by Silestone, syarikat Cosentino telah bekerjasama dengan pereka fesyen dan pengasas Bespoke ID iaitu Melinda Looi....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

by IamLisa
October 28, 2021
0

Merah jambu, warna pilihan si gadis ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tidur tampil...

Baca Lagi
Foto - FB Tips Hias Rumah
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

by IamLisa
October 5, 2021
0

Bayangkan sedang sedap anda tidur tiba-tiba ada benda patah dan jatuh ke lantai, menakutkan... Wanita yang dikenali sebagai Sarina Basir berkongsi...

Baca Lagi
Foto - Ikea
Dekorasi

Ikea Dah 25 Tahun, Diskaun Istimewa 25% Diberi Sepanjang September!

by IamLisa
September 17, 2021
0

Pejam celik pejam celik, tak sangka Ikea dah berusia 25 tahun. Selama 25 tahun ini, gergasi kelengkapan rumah ini berpegang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.