Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
Foto - Healthline

Foto - Healthline

42
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini.

Tertanya juga ada manfaat ke minum susu sebelum tidur? Mungkin untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Atau manfaat kesihatan lain yang tidak kita ketahui.

Kurangkan makan tengah malam

Minum susu sebelum tidur satu cara yang baik untuk mengurangkan rasa lapar di tengah malam. Susu mengandungi karbonhidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk badan. Kandungan lemak boleh digunakan sebagai simpanan tenaga, manakala protein memberikan rasa kenyang yang berterusan sepanjang malam.

Menjadikan badan sentiasa bertenaga

Minum susu sebelum tidur boleh membuatkan badan anda bertenaga sehingga keesokan harinya. Ini kerana kandungan nutrisi susu yang diserap oleh badan anda pada waktu malam akan disimpan untuk kegunaan pada waktu pagi apabila anda bangun tidur.

Foto – Summercon

Kesan ini menjadikan anda lebih bertenaga dengan keadaan fizikal dan mental yang lebih baik.

Tidur lebih nyenyak

Macam mana minum susu sebelum tidur membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak? Manfaat ini diperoleh daripada dua bahan dalam susu iaitu melatonin dan triptofan.

Hormon melatonin biasanya dikeluarkan oleh otak dan berfungsi untuk mengawal kitaran tidur. Manakala triptofan adalah asid amino yang berperanan dalam pembebasan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin. Serotonin mengawal mood, menggalakkan kelonggaran badan, dan juga mempengaruhi pengeluaran hormon melatonin dalam kitaran tidur.

Menjaga kesihatan tulang dan otot

Bagaimana caranya? Tidur pada waktu malam adalah masa yang baik untuk tubuh memproses nutrien daripada makanan. Semasa proses ini, badan anda membantu membaiki pelbagai tisu, termasuk tulang dan otot.

Foto – Suara Surabaya

Susu pula merupakan sumber protein, vitamin D dan kalsium. Jadi, nutrien ini diperlukan untuk memperbaharui tisu tulang dan otot yang rosak selepas melakukan aktiviti.

Susu sejuk atau panas? Tiada penyelidikan yang membandingkan kesan susu panas berbanding susu sejuk sebelum tidur. Walau bagaimanapun, minuman suam umumnya mempunyai lebih banyak kesan menenangkan daripada minuman sejuk.

RUJUKAN

Tags: khasiat susuminum susu sebelum tidursusu
Share17SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healtline
Kesihatan

Mata Juling Pada Kanak-Kanak Mungkin Disebabkan Oleh 5 Faktor Ini

by IamLisa
December 31, 2021
0

Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari dan melihat ke arah yang berlainan. Biasanya keadaan ini dikaitkan dengan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.