Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
Foto - Astro Awani

Foto - Astro Awani

13
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan pelajar asrama sekolah.

Untuk pengetahuan kamu, kes buli mudah diketahui oleh orang ramai kerana pelakunya sering memuat naik video bulinya. Seolah-olah mahu menunjukkan bahawa mereka itu kuat dan berkuasa.

Walaupun ada banyak tindakan dan kesedaran yang diberikan, tetapi budaya buli ini tidak pernah pupus. Malah makin menjadi-jadi.

Nak tahu kenapa budaya buli tidak pernah nak habis, ini mungkin antara penyebabnya…

Ramai yang buat ‘bodoh’ 

Perasan tak bila ada kes buli dilaporkan, ramai yang akan buat ‘bodoh’ dan pura-pura tidak tahu akan hal tersebut?

Foto – Pinterest

Majoritinya akan berkelakuan begini kerana takut untuk tegur si pelaku. Bukan apa jika ditegur, peluang untuk dibuli itu sangatlah tinggi.

Jadi lebih baik diamkan diri dan buat ‘bodoh’ untuk elak dibuli.

Golongan baik dan kaki ‘report’ akan dipulaukan 

Untuk pengetahuan kamu, golongan yang paling dibenci adalah golongan baik dan kaki ‘report‘.

Foto – Astro Awani

Ini kerana golongan ini yang akan mendedahkan perbuatan dan perilaku si pembuli pada warden dan orang atasan di sekolah. Apabila terdedah perangai sebenar si pembuli, golongan ini akan dicarinya untuk dibalas dendam.

Persekitaran sekolah berasrama 

Jika setiap sekolah berasrama akan mempunyai sistem sosial yang berbeza mengikut kategori seperti usia, pasti kes buli akan wujud.

Foto – Remaja

Tambah-tambah lagi bila campurkan pelajar yang berbeza usia atau sama usia dalam satu bilik, kedua-dua perkara ini tidak akan menghalang buli daripada berlaku.

Percampuran begini akan membenarkan pelajar senior buli pelajar junior. Ataupun pelajar yang sama usia buli sesama mereka untuk buktikan siapa lebih berkuasa dan kuat.

Wujud hierarki dalam setiap asrama 

Paling ketara sekali! Sistem hierarki pasti wujud dan dibahagikan pada beberapa kumpulan seperti kumpulan baik, nakal, samseng dan terpinggir.

Foto – YouTube

Info untuk kamu, sistem ini wujud kerana pelajar mahu bersaing untuk ‘selamatkan’ diri daripada dibuli dan tertekan dalam asrama.

Jadi tak hairanlah kenapa pelajar saling membuli kerana mereka mahu menduduki hierarki teratas untuk menjadi ‘pemerintah’ bagi dielak daripada dibuli.

Jangan hairan ye kenapa buli tak pernah pupus kalau ini penyebabnya.

Tags: buli dalam asramacara elak bulikenapa buli berlakupunca buli
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Foto - Kosmo / Amanz
Info Menarik

“Kalau Tak Ada, KL Boleh Tenggelam & Jadi Pulau”- Ini Fungsi Terowong SMART Yang Ramai Tak Tahu

by Sofie Azizlan
December 22, 2021
0

"Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan terowong SMART", kongsi Ketua Setiausaha Kementerian...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.