Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by Lisa AG
January 3, 2022
Foto - Showbiz

Foto - Showbiz

89
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak stailkan rambut bangs supaya kekal rapi?”

Bangs sangat comel, tetapi ia cenderung untuk menjadi cepat berminyak kerana ia terletak di dahi sepanjang hari.

Jangan risau sebab Wanista ada caranya. Rambut bangs kamu akan kekal rapi dan cantik selepas ini. Malah tips ini berguna untuk menghalang pembentukan minyak pada kulit dan bangs.

Cuci rambut bangs setiap hari

Cuci rambut bangs setiap pagi apabila kamu membersihkan muka. Bangs terletak di dahi kamu, jadi ia terdedah kepada lebih banyak minyak sepanjang hari. Untuk elak daripada menjadi berminyak, syampu bangs kamu sekali sehari, terutamanya jika kamu mempunyai kulit berminyak.

Semburkan dengan dry shampoo

Foto – Her World Singapore

Semburkan dry shampoo pada di kulit kepala dan sikat rata. Dry shampoo mesti dimiliki jika bangs kamu cenderung berminyak. Setiap kali bangs mula kelihatan berminyak, cepat-cepat semburkan dry shampoo.

Bersihkan alatan penggayaan rambut

Adalah perkara biasa untuk kotor, produk penggayaan dan minyak terkumpul pada berus rambut dan alat penggayaan seperti flat iron. Jika kamu tidak membersihkan alat-alat ini dengan kerap, bakteria akan dipindahkan terus ke bangs.

Jauhkan tangan dari bangs

Foto – All Things Hair

Tangan dan hujung jari anda menghasilkan minyak semula jadi yang meresap. Sukar untuk menahan tangan kamu dari bangs kamu, tapi cuba elakkan daripada menyentuhnya supaya bangs kamu tidak berminyak.

Cuci muka setiap hari

Minyak semula jadi pada wajah kamu boleh menyerap ke seluruh bangs. Untuk mengelakkan lagi berminyak, pastikan kamu mencuci dengan pembersih lembut dua kali sehari (pagi dan malam).

BACA:  Selain Elakkan Jerawat, Ini Rupanya Manfaat Tembikai Pada Kulit

Sapukan pelembap pada dahi dengan hati-hati

Foto – Good Housekeeping

Bangs kamu akan menyerap lebihan pelempada pada kulit. Sematkan bangs ke belakang sebelum kamu melembapkan muka dan biarkan kulit menyerap produk sepenuhnya sebelum kamu merapikan bangs.

Bedakkan dahi pada siang hari

Bawa bedak muka ke mana saja kamu berada. Bedakkan dahi bila mula kelihatan berkilat untuk menghilangkan minyak sebelum bangs kamu menyerapnya.

Pakai kertas minyak

Foto – The Smart Local

Bila kulit berminyak, jangan sesekali lupakan kertas minyak. Jadi bila terasa dahi kelihatan sedikit berkilat, perlahan-lahan dap kertas minyak pada kulit. Biarkan selama beberapa saat untuk menyerap minyak. Jangan gosokkan kertas pada kulit kerana ini boleh memindahkan minyak ke bahagian lain di muka.

Satu lagi, untuk yang muka berminyak cuba buat curtain bangs daripada blunt bangs. Ini dapat mengelakkan dahi dan rambut kamu lagi berminyak.

Selamat beramal!

FILED UNDER kulit berminyakmuka berminyakrambut bangsstail rambut
Share36SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.