Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Soph.Azz
January 3, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

68
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka?

Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku ye. Tak kiralah sejauh mana rasa suka mereka, kalau selebriti itu telah ‘lukakan’ hati memang surat samanlah yang akan melayang sampai.

Jadi siapakah enam selebriti yang telah disaman oleh peminat mereka sendiri?

#1 Usher 

Pada tahun 2017, penyanyi R&B ini telah disaman oleh 3 wanita kerana telah menjangkiti mereka dengan penyakit kelamin. Ketiga-tiga wanita ini meminta Usher untuk membayar ganti rugi dan kos guaman mereka.

Foto – Pinterest

Kejadian ini juga pernah berlaku ketika Usher disaman oleh peminat atas tuduhan yang sama pada tahun 2012 dan membayarnya sebanyak RM 5 juta.

#2 Bon Jovi 

Popular pada tahun 80-an, kumpulan rock Bon Jovi telah disaman oleh peminat iaitu Samuel Bartley hampir RM 17 bilion selepas mengeluarkan lagi “I Love This Town“.

Foto – Pinterest

Samuel mendakwa Bon Jovi telah meniru lagunya, “Man I Really Love This Team” dan memnta ahli muzik profesional untuk menilai kebenaran tersebut.

“Kedua-dua lagu itu tidak sama langsung melainkan ia mempunyai tajuk yang mempunyai perkataan ‘love’ dan ‘this’.”

#3 Lil’ Wayne 

Tidak berpuas hati dengan penyanyi rap ini, peminat bernama Alfredo Marino mengatakan dia telah mengambil gambar Lil’ Wayne sebelum diberi amaran oleh pengawal. Dia kemudiannya dipukul di kepalanya dengan skateboard.

Foto – Pinterest

Kejadian tersebut membuatkan Alfredo cedera dan terpaksa mengambil cuti sakit. Sejak daripada kejadian itu Alfredo mula membenci dan saman Lil’ Wayne.

#4 Taylor Swift 

Akibat lagu ditolak ejen, hantar hadiah dan surat pada keluarga Taylor Swift, seorang peminat iaitu Rusell Greer telah menyaman penyanyi ini sebanyak RM 29,197.

Foto – Pinterest

Selepas itu Rusell turut menyaman Taylor untuk kali keduanya hampir RM 209 juta kerana tidak berikan perhatian dan menyebabkannya tertekan. Permohonan saman itu ditolak oleh mahkamah kerana tidak berasas.

#5 Justin Bieber 

Pelik tapi benar! Justin Bieber telah disaman oleh ibu peminatnya kerana menyebabkan kerosakan pada pendengaran anaknya, Stacey Betts.

Foto – Pinterest

Ibu Stacey mengatakan anaknya berada di bawah replika berbentuk hati yang diduduk oleh Justin. Ketika itu Justin telah lambai peminatnya dan menyebabkan peminatnya mula jerit dengan kuat.

Jeritan yang kuat itu membuatkan replika tersebut menjadi bergema dan menyebabkan telinga Stacey sentiasa dengar bunyi berdegung. Permohonan saman ibu Stacey ditolak dan telah digugurkan.

#6 Snoop Dogg 

Ketika persembahan berlangsung, peminat Snoop Dogg iaitu Richard Monroe Jr. telah naik ke pentas untuk memeluk penyanyi rap itu. Tetapi dia telah dihalang dengan kasar sehingga tidak sedarkan diri.

Foto – Pinterest

Richard telah saman Snoop sebanyak RM 91 juta tetapi hanya mendapat hampir RM3 juta setelah wajahnya didapati bengkak dan berlumuran darah.

“Saya sangat seronok kerana dapat habiskan masa berhari-hari berjumpa dengan Snoop Dogg untuk berunding mengenai pampasan. Saya rasa sangat dekat dengannya!”

Pelik-pelik sebab saman peminat, sampaikan tak masuk akal pun ada.

Tags: artis hollywoodpeminat saman artispeminat saman selebriti
Share27SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.