Masih ramai yang tidak mengetahui menus kulit masing-masing. Bila ke farmasi, kamu jadi keliru nak mendapatkan produk sesuai mengikut jenis kulit. Berminyak, kering, sensitif berjerawat, yang normal atau kombinasi? Yang mana satu kamu?
Tak perlu pening-pening, cuba buat test mengikut cara Beauty Guru Hyram. Tak lama hanya 5 minit kamu dah tahu jenis kulit kamu.
#1 Cuci Muka Ketika Mandi
Hyram sarankan pencuci muka yang ringan seperti Simple Micellar Facial Gel. Ambil sedikit dan apply ke muka selama 30 hingga 45 saat sebelum bilas.
#2 Tunggu 1 Jam
Bila dah habis mandi, jangan pakai sebarang pelembap atau apa-apa produk pada muka. Biarkan ia rehat selama 1 jam. Tapi pastikan kamu tak keluar rumah atau berada di bawah cahaya matahari takut makin rosak kulit.
#3 Perhatikan Kulit
Selepas 1 jam, lihat cermin dan perhatikan keadaan kulit kamu. Kalau kamu lihat kulit agak bercahaya dan berpeluh seperti kamu meletakkan highlighter, itu maksudnya kulit berminyak.
Manakala jika kamu perhatikan kulit agak tegang sehingga tiada sebarang hidrasi, kekeringan hingga mengelupas dan garisan halus, itu tandanya kulit kamu sangat kering.
Kalau kamu lihat ada kawasan kulit yang kering dan ada juga berminyak, kamu mempunyai jenis kulit kombinasi.
Jika kamu perhatikan keadaan kulit langsung tidak berminyak dan kelihatan baik sahaja, kamu sangat bertuah mempunyai kulit normal.
Kesimpulannya, bila kamu dah tahu jenis kulit, kamu tak perlu risau masalah kulit. Hanya melakukan rutin dengan menggunakan produk yang betul sahaja.