Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

30 Hari Amal Diet Avocado, Ini Yang Berlaku Pada Badan Kamu

by Lisa AG
July 7, 2022
Foto - Eat This, Not That

Foto - Eat This, Not That

50
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya semua orang tahu, Blackpink Jennie mengamalkan diet avocado untuk bentuk badan sempurna. Dipetik dari Cosmopolitan, Jennie mengatakan bahawa walaupun tengah break, dia tetap bersenam dan menjaga apa yang dia makan. Menu pilihannya adalah avocado salad.

“Saya hanya makan bubur bila menjalani diet tanpa garam kerana saya cenderung untuk bengkak di muka ketika makan banyak makanan masin. Setiap hari saya makan avocado salad dengan segelas jus detoks.

Sebelum kita nak mulakan diet avocado, mesti kita nak tahu apa yang berlaku pada badan kita. Apa kebaikan jika kita mulakan program diet avocado selama 30 hari?

Buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

Avocado kaya dengan potassium, jadi jika kamu mempunyai masalah buah pinggang, kamu mungkin mahu memasukkan buah ini dalam diet anda. Kajian telah membuktikan bahawa makan avocado secara teratur adalah cara yang sihat untuk meningkatkan fungsi buah pinggang.

Nafas menjadi lebih segar

Foto – Downshiftology

Jika kamu mencari penyegar mulut semula jadi, pertimbangkan avocado. Buah ini mempunyai sifat antibakeria yang tinggi, dan makan sebiji sehari boleh membuang bakteria dari mulut anda dan membersihkannya.

Boleh meningkatkan penglihatan

Makan avocado bersaiz sederhana setiap hari membawa kepada fungsi mata yang lebih baik. Ini berlaku kerana avocado boleh membantu meningkatkan paras karotenoid dalam badan kita, berfungsi sebagai agen antioksida dan anti-radang.

IKLAN

Menurunkan berat badan dengan lebih mudah

Terbukti bahawa avocado boleh membantu mengurangkan berat badan. Ia meningkatkan rasa kenyang dan mempunyai kesan positif terhadap hormon usus.

Boleh menurunkan tekanan darah

Foto – The Spruce Eats

Ternyata avocado baik untuk tekanan darah tinggi. Kandungan potassium dan lutein padanya dapat memperbaiki penyakit vaskular dan meningkatkan lipid dalam badan.

Boleh menjadikan kulit bersinar

Kamu boleh makan atau sapukan terus pada kulit. Buah ini sangat disyorkan untuk kesihatan kulit. Sifat karotenoid padanya membantu dalam perlindungan sinaran ultrungu, yang membawa kepada wajah dan badan yang lebih dan berseri.

Boleh meningkatkan sistem imun

Jika kamu kerap diserang selesema, mula amalkan buah ini. Dilaporkan bahawa beberapa komponen avocado boleh menguatkan sistem imun dan menyekat virus dan jangkitan lain.

Tidak kira kamu memakannya dalam salad, smoothie, dip atau terus begitu – tidak dapat dinafikan bahawa avocado bermanfaat untuk badan.

Tags: avocadoblackpink jenniedietdiet avocado
Share20SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    30 Hari Amal Diet Avocado, Ini Yang Berlaku Pada Badan Kamu

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.