Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Empat Cara Jennifer Lawrence Lakukan Pada Muka Untuk Kekal Flawless

by Lisa AG
January 31, 2022
Foto - Pinkvilla

Foto - Pinkvilla

76
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak maintain flawless tanpa sebarang cela bukan mudah. Lagi pula bila datang bulan dengan hormonnya pula, mulalah jerawat nakal naik ke muka tanpa sebarang signal.

Di usia 31 tahun, pemenang Oscars Jennifer Lawrence sangat menitik berat soal penjagaan wajah, dia tidak ambil mudah dan hanya menggunakan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit.

Bila dia tidak membuat sebarang penampilan di karpet merah, dia sukakan gaya ringkas.

“Sekiranya tidak mempunyai acara, saya biasanya tidak memakai mekap,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Nak tahu rahsia si cantik manis ini jaga kulit wajah supaya kekal flawless? Ini dia…

Guna retinol setiap malam

Padanya penting untuk menukar produk wajah dan tidak terikat pada sesuatu jenama saja. Tapi yang pasti dia menggunakan retinol setiap malam untuk anti penuaan.

Foto – Getty

Retinol paling baik digunakan pada waktu malam, menjadikan kulit lebih peka untuk bekerja. Jika guna waktu siang akan meningkatkan risiko kerosakan akibat sinar matahari.

Dia dedikasi pada krim pelindung matahari setiap hari

Jennifer Lawrence tahu bahawa SPF adalah anti penuaan terbaik, jadi dia menggunakannya pada siang hari. Cari sama ada zink oksida atau titanium dioksida. Kedua-duanya berfungsi untuk melindungi kulit secara semulajadi daripada sinaran berbahaya.

Sesekali kena exfoliate

Foto – Getty

Jangan sesekali skip exfoliate. Menurut Women’s Health, wanita yang sedang hamil anak pertama ini melakukannya pada waktu malam supaya kulit lembut. Exfoliate mendorong penggantian sel, membuka liang pori dan membantu kulit kelihatan lebih berseri.

Dia mendapatkan rawatan microdermabrasion

“Saya mendapatkan rawatan microdermabrasion sekali sebulan,” kata Lawrence.

Rawatan mikrodermabrasion memerlukan kristal atau pengelupasan fizikal lain untuk menanggalkan sel-sel kulit mati secara perlahan pada permukaan kulit, meninggalkan kulit yang lebih licin dan cerah. Ia juga boleh membantu mengurangkan kerosakan matahari, perubahan warna, dan juga parut ringan.

BACA:  Ini Yang Berlaku Pada Kulit Kamu Jika Skip Sunscreen

Tak rumit cara Jennifer Lawrence jaga muka, anda pun boleh. Yang penting kena rajin!

FILED UNDER Jennifer Lawrencerawatan microdermabrasionRetinolsunscreen
Share30SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.