Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pakai Veil Di Hari Bahagia, Apa Yang Anda Kena Tahu

by Lisa AG
February 16, 2022
Foto - Hitched

Foto - Hitched

234
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pemilihan veil sama pentingnya dengan baju pengantin, kena sesuai dan cantik di mata.

Dari veil panjang meleret menambah sentuhan dramatik kepada baju pengantin, kepada stail veil pendek yang minimalis menyerikan lagi bakal raja sehari. Terdapat banyak potongan, gaya dan hiasan yang ditawarkan.

Jadi, tidak hairanlah jika ramai pengantin yang keliru memilih veil sesuai dengan busana mereka. Untuk membantu anda memilih veil yang cantik sempurna, 3 perkara kena dipertimbangkan ketika mencari veil.

Sesuaikan Dengan Baju Pengantin

Pemilihan veil mestilah sesuai dengan baju pengantin. Veil anda harus menonjol dan setanding dengan pakaian, barulah nampak menyerlah dan seri pengantin.

Foto – Pinterest

Sekiranya baju pengantin anda dah sarat dan mempunyai banyak perincian, cari veil yang sederhana dan rapi. Sekiranya baju simple, pilih veil dengan perincian yang rumit seperti hiasan renda atau aksen bunga untuk menambahkan dimensi pada baju anda.

Tempat Perkahwinan

Foto – Pinterest

Sama seperti baju pengantin anda, veil harus selaras dengan lokasi perkahwinan anda. Contohnya veil yang lebih ringkas dengan perincian bunga-bunga untuk perkahwinan ala pantai atau taman.

Freehair atau Bertudung

Semasa memilih tudung perkahwinan anda, sangat penting untuk mempertimbangkan gaya rambut pengantin anda.

Foto – Pinterest

Sekiranya anda memilih untuk memakai veil, veil anda mungkin memerlukan asas sokongan seperti sanggul pengantin, atau gaya rambut tertentu.  Semakin panjang atau berat veil anda, semakin diperlukan sokongan pada gaya rambut.

Begitu juga jika anda bertudung, pilih veil yang sesuai dengan fabrik tudung agar nampak ayu dan sedap mata memandang.

BACA:  Macam Mana Nak Tahu Veil Mana Yang Tepat Untuk Hari Perkahwinan Kamu?
FILED UNDER cara pilih veilstail veilveilveil kahwin
Share94SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.