Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

by Lisa AG
June 30, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

55
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tertawan melihat wanita tampil dalam gaya maskulin mengenakan suit. Nampak sisi mereka yang berbeza, cool dan segak, lari daripada fesyen feminin biasa yang tradisional.

Pemakaian suit pada wanita juga ada peraturannya, mengikut ukuran badan yang betul, penampilan warna yang tidak menjejaskan pandangan, keyakinan melangkah, yang membuatkan penampilan mereka menawan sekali.

Selebriti di bawah ini cukup terkenal dengan gaya maskulin suit, sedikit sebanyak boleh kita jadikan inspirasi.

Kendall Jenner

Foto – Pinterest

Bekalkan fizikal kurus dan tinggi lampai, setiap kali Kendall pakai suit, memang cool dan sedap mata memandang. Contoh seperti kombo suit berbelang coklat dan oren dengan seluar senteng dipadankan dengan sneakers putih.

Zendaya

Foto – Pinterest

Zendaya mengenakan suit merah jambu bila menghadiri program bual bicara Good Morning America, lagaknya macam puteri Disney sekali. Rambut didandan half ponytail, dan solekan merah jambu yang menyerlahkan lagi rupa parasnya yang manis.

Angelina Jolie

Foto – Pinterest

Pada Bafta 2014, Angelina Jolie mencuri tumpuan dalam suit tuksedo rekaan Saint Laurent. Gayanya basic sekali tapi pembawakan Angelina dengan aura seksi memang memukau dan sempuna.

Dakota Johnson

Foto – Pinterest

Corak checked Dakota Johnson lain daripada yang lain. Smart sekali padanan suit yang sedikit oversized dengan kitten heels biru dan rambut ikal mayang.

IKLAN

Meghan Markle

Rebel dalam mengikut peraturan diraja Inggeris, Meghan Markle acapkali dilihat mengenakan suit bila menjalankan tugas sebagai Duchess of Sussex.

Foto – Pinterest

Potongan suit Meghan sempurna dan kemas mengikut ukuran badannya yang kurus, memang cocok sekali.

Blake Lively

Foto – Getty

Salah satu look Blake yang sangat memorable, bila mengenakan suit off-white ketika tayangan perdana filem A Simple Favor.

Lady Gaga

Foto – Pinterest

Selalunya potongan oversized boleh menenggelamkan individu, tapi Lady Gaga membawakan seperti lady boss, dengan solekan yang sedondon.

Kim Kardashian

Foto – Getty

Kim mengenakan suit longgar tanpa pakaian dalam, rambut platinum blonde, sandal tumit tinggi. Perfection!

Sesekali tampil maskulin dengan gaya suit, apa salahnya.

Tags: fesyen suitgaya maskulin suitsuit
Share22SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.