Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tiada Lagi Mata Panda, Guna ‘Eye Patch’ Pilihan Terbaik DIVA

by Lisa AG
March 28, 2022
Foto - Dior

Foto - Dior

63
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sama macam acne patch tapi ini versi letak di mata dan ada sedikit perbezaannya. Acne patch dibuat untuk mengecutkan jerawat, walhal eye patch untuk hidrasi dan menghilangkan kedutan.

Patch di bawah mata sudah menjadi produk ‘must have’ di antara produk penjagaan kulit biasa. Terdapat begitu banyak patch di luar sana dan semuanya mengaku melakukan magik pada kulit di sekitar mata.

Eye patch dapat menghidrat semula kering di bawah kulit mata, mengurangkan kedutan, lingkaran hitam dan bengkak. Ia direka untuk menjana semula dan menegangkan kulit yang letih dan stress.

@phithegoldenskin

Repost ❤️ #skincarehacks #founditonamazon #affordableskincare #beauty #HiddenTalents #beautyhacks #kbeauty #skincare #oddlysatisfying

♬ original sound – An Nguyen (Skin & Hair Tips)

Apa Itu Eye Patch

Topeng mata berbentuk bulan setengah diperkaya dengan serum dan bahan aktif untuk membantu memberikan penjagaan kulit yang disasarkan ke kawasan bawah mata yang halus.

Sebilangan besar eye patch ini dibuat daripada hidrogel, namun terdapat juga yang dibuat dari kain, bio cellulose dan produk lain.

Eye patch direndam dalam essence atau serum dan mengandungi sejumlah vitamin, mineral, pelembap dan banyak lagi bahan bermanfaat lain.

Apa Yang Dilakukan Eye Patch

Tujukan utama eye patch adalah untuk melembapkan kulit halus di bawah mata. Untuk pengetahuan anda, kulit di sekitar mata mengandungi sejumlah kelenjar sebum yang kurang menjadikan kulit di kawasan ini cenderung kering.

Foto – Byrdie

Selain itu, kulit di sekitar mata jauh lebih nipis yang menjadikannya sangat halus dan mudah berkedut dan tanda-tanda penuaan yang lain.

Pelembap yang baik sangat penting untuk kawasan ini dan patch adalah tambahan yang sangat baik untuk penjagaan kulit anda.

Patch juga dapat mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata dan mengurangkan kedutan. Sekiranya anda mempunyai masalah khusus yang ingin disasarkan, pertimbangkan perkara berikut:

  • Lingkaran gelap bawah mata : cari patch yang mengandungi kafein, panthenol, dan minyak pati yang menenangkan seperti pudina, lavender dan chamomile.
  • Bengkak : hyaluronic acid, kafein
  • Kedutan di sekitar mata : antioksidan, vitamin C, retinol, peptida

Cara Gunakan Eye Patch

  • Tanggalkan solekan dan cuci muka menggunakan kaedah double cleansing sebaiknya
  • Sapukan toner
  • Letak eye patch selama 15 – 20 minit (bergantung pada arahan produk)
  • Tanggalkan eye patch dan ikuti rutin serum/essence/ atau krim mata

Eye Patch Betul-Betul Berkesan Atau

Menurut pakar dermatologi Dr. Debra Jaliman, eye patch sarat dengan bahan-bahan bermanfaat. Gunakan eye patch dari bahan-bahan yang dapat mengetatkan dan mencerahkan kawasan bawah mata.

“Cari bahan yang yang khusus untuk bengkak, lingkaran hitam, kulit kering dan garis halus. Memandangkan kulit di sekitar mata sangat halus, jadi jika anda merasa tidak selesa dan jengkel setelah memakai eye patch, anda mungkin harus berhenti menggunakannya.

Jenama Eye Patch Pilihan DIVA

  • Estée Lauder Advanced Night Repair Concentrated Recovery Eye Mask
Foto – Estée Lauder

Patch ini mempunyai barisan ramuan yang bermutu tinggi, seperti chamomile (untuk menenangkan), kafein (untuk mengurangkan bengkak) dan squalane (untuk menghidrat).

  • Peter Thomas Roth 24K Gold Pure Luxury Lift & Firm Hydra-Gel Eye Patches
Foto – Peter Thomas

Dibuat dengan emas 24K tulen dan emas koloid. Ia dapat membantu mengangkat dan menegangkan kawasan bawah mata.

  • ELEMIS Pro-Collagen Hydra-Gel Eye Mask
Foto – Elemis

Kulit nipi di bawah mata lebih tegang dan licin kerana kekuatan bahannya, panthenol dan plankton yang meningkatkan penghidratan.

  • PIXI BeautifEYE Brightening Eye Patches
Foto – Pixi

Hilangkan mata yang letih dengan campuran vitamin C, licorice, dan ginseng yang bertenaga.

Jaga wajah semata tapi tak menjaga mata pun tak boleh juga. Nak awet muda, kena jaga keseluruhan.

BACA:  Jangan Lupa Pakai Krim Mata, Barulah Awet Muda Walaupun Usia Tua
FILED UNDER eye matchlingkaran gelap bawah matamata panda
Share25SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.