Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

5 Produk Glow Recipe Paling Ramai Wanita Guna, Serius Best!

by Lisa AG
March 15, 2022
Foto - Glow Recipe

Foto - Glow Recipe

137
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

K-beauty sudah cukup pioneer dalam dunia kecantikan. Sama ada kosmetik atau produk penjagaan wajah, mereka mempunyai follower serata dunia yang sentiasa menantikan inovasi baru.

Salah satunya ialah Glow Recipe, yang boleh didapati dengan mudah di Sephora. Terkenal dengan bahan utama menggunakan buah-buahan, jenama ini mendapatkan tempat di hati wanita kerana keaslian serta keberkesanan.

Menjadi produk kegemaran kerana ramuan semula jadi dan pembungkusan #InstagramWorthy, tak hairan produk terlaris mereka Watermelon Glow Sleeping Masks dijual setiap tiga minit.

Selain mempunyai beberapa produk yang berbau harum buah-buahan, jenama ini juga tidak menggunakan paraben, SLS, SLES, phthalates, atau minyak mineral.

Berikut beberapa range yang wanita obses dan mendapat pujian melambung. Tak rugi beli skincare Glow Recipe kerana memang berkesan, kulit terasa sihat dan segar sangat.

Watermelon Glow Sleeping Mask

Sleeping mask mungkin membuat anda memikirkan krim malam yang pekat, tetapi konsistensinya menyerupai gel yang terus meresap ke dalam kulit.

Foto – Glow Recipe

Bila dipakai sebelum tidur, gabungan ekstrak tembikai yang kaya asid amino, asid hyaluronik, dan AHA, kamu akan bangun dengan kulit yang kelihatan lebih lembap.

Harga RM105 (BELI)

Banana Souffle Moisture Cream

Gabungan bahan anti-radang seperti centella asiatica dan kunyit, memberikan penghidratan berpanjangan sepanjang hari. Katanya produk ini berfungsi dengan baik untuk kulit berminyak dan mempunyai kesan menenangkan.

Foto – Glow Recipe

Berharga RM180 (BELI)

Pineapple Glow Serum

Serum vitamin C mempunyai AHA untuk mengelupas dengan lembut dan digabungkan bersama bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan kulit, tidak terlalu kering.

Foto – Glow Recipe

Selepas beberapa minggu penggunaan biasa, kulit terlihat lebih cerah, hiperpigmentasi berkurang, dan pori-pori kelihatan lebih kecil.

BACA:  Sapu Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix, Kamu Ucap Selamat Tinggal Pada Jerawat Nakal

Harga RM230 (BELI)

Watermelon Pink Juice Oil-Free Moisturiser

Penyelesaian bagi mereka yang menginginkan kulit bersih sebelum solekan. Pelembap ringan ini menawarkan penghidratan segar dengan kelebihan ekstrak tembikai, asid hyaluronik, dan botani.

Foto – Glow Recipe

Berharga RM180 (BELI)

Blueberry Bounce Gentle Cleanser

Selain asid hyaluronik, pembersih ini dilengkapi dengan kebaikan blueberry, bersama dengan lima buah beri lain (groundcherry, raspberry, bearberry, mulberry, bilberry) untuk memberikan antioksidan yang melindungi kulit.

Foto – Glow Recipe

AHA membantu menghilangkan solekan dari dalam liang pori sambil menghilangkan kulit mati, mewujudkan kanvas yang sempurna untuk produk lain.

Harga RM160 (BELI)

Dengan bau yang mengharumkan pada buah-buahan dicampur ramuan aktif berkesan, skincare Glow Recipe pilihan kebanyakan wanita.

Jawapan untuk glass skin seperti Korea ada di sini!

FILED UNDER Glow Recipeproduk glow recipesephora
Share55SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.