Potongan seluar yang berkaki lebar, buat masa ini merupakan seluar yang menjadi pilihan wanita semasa.
Tidak melekap pada kaki dan memberi keselesaan maksima, terdapat dalam pelbagai pilihan material dan rekaan, potongan wide leg memang best dipakai.
Tapi bagaimana dengan wanita dengan ketinggian rendah atau petite, sesuaikah mereka dengan wide leg?
Sudah tentu, wide leg memberi ilusi kaki kelihatan lebih panjang daripada biasa.
IKLAN
Nak beli seluar wide leg, kamu kena tahu 2 perkara ini;
Wide leg dari paras high-waist
- Foto – Pinterest
Tips, beli wide leg dari paras hight-waist, dan jangan terlalu panjang sehingga meleret. Beli yang elok pada buku lali, anda akan nampak lebih tinggi.
Jangan besar, jangan terlalu longgar
- Foto – Pinterest
Bukan itu sahaja, elak membeli wide leg yang terlalu besar sehingga ianya nampak terlalu longgar. Beli yang elok-elok ikut potongan badan, lagi-lagi pula di bahagian pinggang.
Kalau betul cara peragakan seluar wide leg memang nampak stail habis.