Pernah dalam satu temubual, supermodel ikonik Cindy Crawford dan Naomi Campbell ditanya ‘siapa supermodel paling cantik pada pandangan mereka’, dan jawapan mereka Christy Turlington.
Menurut Noami, Christy miliki bentuk wajah panjang tirus dengan senyuman manis, wajahnya cukup klasik dan elegan sekali. Sangat fotongenik daripada setiap sudut.

Tidak disangkal, Christy Turlington merupakan salah satu supermodel paling ikonik sepanjang zaman. Wajahnya natural beauty sama ada dalam solekan atau tidak. Di usia 52 tahun, kecantikan asli wanita ini masih lagi diperkatakan.
- Kiri – Ketika Christy Turlington muda. Kanan – Dirinya sekarang. Foto – Pinterest
Bila ditanya siapa wanita paling cantik, paling ikonik, pintar, serta idola, mesti nama Christy Turlington meniti di setiap model baru.
Bermula Karier Dengan Kempen Calvin Klein
Christy Turlington dilahirkan pada 2 Januari 1969 merupakan model kelahiran Amerika, aktivis amal, dan pembikin filem. Memulakan kerjaya dalam kempen Calvin Klein pada tahun 1989, dan mula mendapat kemasyhuran pada sekitar 1980-an dan awal 1990-an sebagai supermodel.
- Bermula sebagai model untuk pakaian dalam Calvin Klein. Foto – Pinterest
Pernah dinobatkan sebagai Women of the Year tahun 2013 dan 2014 melayakkan diri dalam senarai Time 100 orang paling berpengaruh di dunia. Grace Coddington, pengarah kreatif majalah Vogue mengangkat Christy Turlington sebagai ‘wanita paling cantik di dunia.’
Suaminya Merupakan Seorang Pelakon
Anda pernah menonton filem ’27 Dresses’ lakonan Katherine Heigl. Bos kacak kepada watak Jane, iaitu George lakonan Edward Burns, siapa sangka merupakan suami supermodel cantik ini.
- Sama-sama membintangi kempen minyak wangi Calvin Klein Eternity. Foto – Elle
Dilaporkan pada tahun 2000, Ed Burns ketika itu 32 tahun bertemu dengan supermodel berusia 31 tahun di sebuah pesta di Hamptons. Menjelang akhir tahun, keduanya bertunang.
Berpisah sekejap pada tahun 2002, pasangan itu bertemu kembali dan mengikat tali pada tahun 2003 ketika Turlington hamil 25 minggu dengan anak perempuan pertama, Grace.
Pengguna Setia Biotherm Blue Therapy
Supermodel veteran sekali lagi menjadi wajah untuk minyak wangi Calvin Klein Eternity bersama suaminya menyatakan dirinya sangat minimalis dalam rutin penjagaan wajah.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya tidak tahu ianya baru atau lama, tetapi saya pengguna setia Blue Therapy oleh Biotherm. Ia mempunyai serum dan minyak, dan saya mempunyai kulit yang sangat kering. Pada saya, produk yang lebih kaya, lebih baik.
“Saya bukan orang yang mengikuti trend terkini dalam perawatan wajah, atau produk baru. Saya serba ringkas, penghidratan dan kesihatan adalah yang terbaik.
Rajin Makan Sayur
- Christy Turlington sekarang di usia 53 tahun. Foto – Pinterest
“Setiap kali keluar beli barangan runcit, saya tak akan tinggal arugula, avocado, lemon dan keledek. Saya bukan vegetarian tapi saya memang suka makan sayur. Saya juga makan ayam panggang atau dada ayam. Dan saya suka kale, makan dengan salad atau dibuat chips.
Tiada Petua Untuk Anti Penuaan
Wanita yang aktif dalam amal kebajikan tidak mempunyai sebagai petua untuk anti-penuaan, tetapi menerimanya. Baginya dengan yoga, berlari dan aktif melakukan kerja sudah cukup bermakna, dan itu adalah cara terbaik untuk kelihatan menarik dan bahagia.
“Saya rasa kebahagiaan dan menjalani kehidupan di mana anda merasa senang dan anda tidak merasa berkompromi. Saya tidak terlalu memikirkan penuaan.
- Foto – Pinterest
Tips Christy Turlington, sentiasa memakai krim pelindung matahari setiap kali keluar rumah. Dan juga selalu memakai topi ketika berada di bawah cahaya matahari. Khasiat matahari baik untuk kulit, tapi jangan lupa krim pelindung matahari.
Aktif berkongsi aktiviti kehidupan harian bersama para peminat di Instagram, Christy Turlington terus memberi inspirasi kepada model baru yang ingin mekar dalam karier masing-masing.
Tak puas menatap kecantikan semula jadi wanita tinggi lampai ini.