Melasma adalah masalah kulit biasa yang dialami ramai wanita. Keadaan ini menyebabkan tompok-tompok gelap dan berubah warna pada kulit, warna seakan kelabu dan tidak sekata.
Melasma lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki, biasa pada usia 20 hingga 40 tahun. Melasma sering terjadi pada orang yang muda berjemur atau mempunyai kulit coklat semula jadi. Jarang sekali berlaku pada orang berkulit cerah, atau kulit hitam.
Bagaimana Terjadinya Melasma?
Adakah kerana berjemur? Atau kesilapan tidak memakai krim pelindung matahari?
Penyebab Melasma adalah kompleks. Individu berkulit gelap lebih berisiko daripada yang berkulit cerah. Kepekaan estrogen dan progesteron juga berkaitan dengan penampilan Melasma. Ini bermakna, pil kawalan kehamilan, kehamilan, hormon semuanya boleh mencetuskan Melasma. Tekanan dan penyakit tiroid juga dianggap sebagai penyebab Melasma.
- Foto – Aesthetic Solutions
Selain itu, pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan Melasma kerana sinar ultraviolet mempengaruhi sel yang mengawal pigmen (melanosit).
Gejala Melasma
Melasma menyebabkan perubahan pada warna kulit, mula munculnya tompok-tompok. Tompoknya lebih gelap daripada warna kulit biasa. Ia biasanya terjadi pada wajah. Kawasan lain di badan yang sering terkena cahaya matahari juga boleh mengembangkan Melasma.
Tompok berwarna kecoklatan biasanya muncul di:
- Pipi
- Dahi
- Hidung
- Dagu
- Foto -Hawaii Clinics
Ia juga boleh berlaku pada leher dan lengan bawah. Perubahan warna pada kulit tidak menimbulkan bahaya fizikal, tetapi kamu mungkin merasa sedar akan penampilannya.
Melasma Boleh Dirawat?
Bagi sesetengah wanita, Melasma boleh hilang dengan sendirinya. Ini biasa berlaku pada wanita hamil bila disebabkan tekanan hormon.
Terdapat juga krim wajah yang dapat mencerahkan kulit. Ia dikenali topical steroids, membantu meringankan kawasan yang terjejas dengan mencerahkannya.
- Foto – Magnolia Medical Aesthetics
Sekiranya tidak berfungsi, rawatan chemical peels, dermabrasion, dan microdermabrasion adalah pilihan biasa yang dilakukan wanita. Rawatan ini menghilangkan lapisan atas kulit dan dapat membantu meringankan tompok-tompok gelap.
Walau bagaimanapun, prosedur ini tidak menjamin bahawa Melasma tidak akan kembali. Kamu mungin harus kembali untuk rawatan susulan untuk mengurangkan risiko Melasma. Ini termasuk meminimumkan pendedahan cahaya matahari dan memakai krim pelindung matahari setiap hari.
Apa Yang Boleh Dilakukan
Walaupun tidak semua Melasma dapat hilang dengan rawatan, ada beberapa perkara yang bolehkamu lakukan untuk memastikan keadaan tidak bertambah buruk dan meminimumkan penampilan perubahan warna. Antaranya:
- Guna alat solek untuk menutup kawasan perubahan warna
- Mengambil ubat yang ditetapkan
- Memakai krim pelindung matahari setiap hari dengan SPF 30
- Memakai topi yang melindungi atau memberi keteduhan pada wajah
- Foto – PBS
Selamat Beramal!