Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Ditenun Serba Tradisional, Patutlah Jaket Tweed Chanel Sangat Mahal

by IamLisa
January 19, 2022
Foto - Petite Flower Presents

Foto - Petite Flower Presents

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cantikkan jaket tweed kelahiran Chanel? Setiap wanita impikan menyarung jaket penuh ikonik ini. Cetusan idea rekaan jaket tweed juga sangat istimewa.

Tahukah, kemunculan jaket ini adalah inspirasi daripada Gabrille Chanel ketika era 1950-an berdasarkan pengamatannya pada era itu yang mana gaya pakaian wanita punya sekatan dan tiada kebebasan.

Foto – Magazine

“I really care about women and I wanted to dress them in suits that make them feel at ease, but that still emphasize femininity,” sebaris kata-kata Gabrielle Chanel saat memperkenalkan jaket Chanel.

Jaket Tweed Chanel Ensemble Yang Versatile

Wanita ini berjaya menggabungkan idea kasual, elegan, selesa dan functional ke dalam satu rekaan ikonik. Menggunakan tweed sebagai fabrik pilihan kerana fleksibiliti yang memberi siluet indah untuk penampilan si pemakai.

Foto – Paul Schutzer

Dilaporkan ketika Gabrielle Chanel bertungkus lumus mencipta jaket ikonik, Karl Lagerfeld hadir ke rumah Chanel sekitar tahun 1983.

Ilham kreatif tanpa batasan Lagerfeld menyuntik elemen baru untuk jaket Chanel. Lebih relaks dan menangkap mood, seiring dengan wanita zaman itu yang inginkan perubahan, serta sesuatu di luar jangkaan.

Walaupun Mademoiselle Chanel pada awalnya mengambil fabrik tweed dari syarikat tekstil Scottish pada tahun 1920-an, jenama itu kini menggunakan khidmat Maison Lesage Atelier di Paris, yang terkenal dengan pengeluaran tweed berkualiti tinggi di dunia.

Tenunan Tweed Serba Tradisional

Uniknya pada tweed adalah proses pembuatan serba tradisional.

Foto – Arkib Wanista
  • Plain Tweed : Tweed paling asas yang digunakan oleh Chanel, dibuat dari tenunan polos atau twill dengan satu warna atau benang.
  • Fantasy Tweed : Tweed yang diperbuat daripada beberapa benang dan / atau warna yang berbeza.

Beberapa tweed Chanel yang paling unik dan fantasi yang kita lihat hari ini, dibuat di Maison Lesage, salah satu daripada lapan atelier savoir-faire yang terkenal di Chanel.

Pasukan Maison Lesage Atelier akan menghasilkan kira-kira 100 sampel baru untuk setiap koleksi haute couture, meningkatkan rekod 40,000 sampel yang dibuat sejak 1958.

Sampel tweed yang siap akan dikirim ke Studio Chanel untuk disemak oleh pengarah kreatif Chanel.

Foto – Kpop Herald

Unik sekali proses penenunan menghasilkan jaket tweed. Kerana itu, harga untuk setiap produk Chanel luar biasa dan edisi terhad.

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: chanelchanel tweed jacketgabrielle chanel
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Kate Spade
Fesyen

Rasai Musim Panas Kate Spade Cabana Pop Up Di KL Journal Hotel

by IamLisa
May 20, 2022
0

Musim panas mengingatkan kamu pada cuaca panas terik, sandal dan selipar, serta fesyen warna-warni yang ceria dan nipis. Kate Spade...

Baca Lagi
Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Foto - SAMSUNG
Fesyen

Intai SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic, Gaya Sporty Jadi Lebih Sofistikated!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Jam tangan pintar SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic? Sekali pandang memang nampak sangat eksklusif dengan gaya sporty yang sofistikated! Buat yang...

Baca Lagi
Foto - Levi's
Fesyen

5 Individu Berwawasan Bergabung Menerusi Kempen Levi’s The Travelling 501

by IamLisa
May 18, 2022
0

Untuk meraikan masa lalu, sekarang dan depan, Levi's telah berganding tenaga dengan ima indivud berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.