Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Bersolek Pun Kena Pakai Primer, Ini Kamu Kena Tahu

by Lisa AG
March 25, 2022
Foto - PinkVilla

Foto - PinkVilla

226
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin ada di antara kita yang berpendapat jika tidak memakai sebarang mekap, kita tidak perlu mengenakan primer. Mesti ada yang pernah berfikir sebegini, kan?

Tahukah kamu selain mengenakan primer sebelum proses mekap, kamu juga boleh memakainya walau tidak mekap sekalipun. Bahkan kebaikan juga terjamin dan kulit muka bertambah sihat.

Nak tahu lebih lanjut, pakar sendiri menjelaskan manfaat yang kamu perolehi.

Kulit Sentiasa Hidrasi

Kebanyakan primer didatangkan dalam formula berasaskan air yang mengandungi bahan-bahan pelembap seperti ekstrak botani atau aktif yang membantu melembutkan dan merapikan kulit.

Foto – Pinterest

Hanya dengan satu aplikasi sahaja mampu menyegar serta melembapkan tekstur keseluruhan wajah.

Berminyak Tiada Lagi

Primer boleh menjadi kunci untuk mendapatkan rupa bersinar yang tahan lama. Kebanyakan primer yang terhasil bertujuan untuk melembapkan kulit, menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin di kulit serta mengawal pengeluaran sebum.

Ada juga yang mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk membantu menjaga liang anda sebersihnya jika digunakan sekerap yang mungkin.

Lindungi Daripada Matahari

Walaupun diketahui sunblock adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kulit untuk menghindari daripada matahari, tetapi kita boleh meningkatkan tahap perlindungan dengan suntikan primer yang mempunyai SPF.

Foto – Pinterest

Ia boleh melindungi anda daripada tekanan alam sekitar, seterusnya dari kerosakan sel.

Seri Di Wajah

Habiskan rutin penjagaan diri dengan moisturiser, sunscreen tidak memadai. Jadi, inilah masanya untuk primer bekerja, bagi mencerah dan melembapkan kulit. Di sini, anda akan menikmati cahaya yang kelihatan semulajadi tanpa memerlukan shimmers dan glitters.

Primer Terbaik Pilihan DIVA

  • Benefit Cosmetics The POREfessional Face Primer
Foto – Ipsy

Menjadi pilihan wanita kerana primer ini bebas minyak dan memberikan kemasan matte. Ia menghasilkan lapisan licin pada kulit, menyamarkan liang pori dan garis-garis halus yang menjengkelkan. Formula ini juga mempunyai vitamin E, menawarkan perlindungan antioksidan terhadap kerosakan radikal bebas.

  • Pat McGrath Labs Skin Fetish Sublime Perfection Primer
Foto – Pat McGrath
BACA:  Solekan Lagi Cantik Bila Guna Hourglass Vanish Airbrush Primer

Kulit anda kelihatan crystal clear tanpa garis, sentiasa licin dan bersedia untuk solekan. Ditambahkan lagi dengan hyaluronic acid, ia menawarkan penghidratan ringan dan menjadikan kulit kelihatan cantik dan gebu. Memang puas hati!

  • Armani Beauty Luminous Silk Hydrating Makeup Primer
Foto – Armani Beauty

Inginkan rupa berseri-seri macam bintang Korea? Primer ini sangat berkrim dan menghidratkan, menjadikan kulit kamu segar dan lembap walaupun sebelum bersolek. Terima kasih kepada gabungan gliserin, shea butter dan rice bran.

Bila nak keluar rumah, jangan lupa pakai krim pelindung matahari dan primer untuk penjagaan lebih.

FILED UNDER jenama primer terbaikkenapa pakai primerprimer
Share90SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.