Siapa yang tidak mahu nampak muda?
Barangan kosmetik dan krim anti penuaan adalah antara tips yang boleh membuatkan anda nampak lebih muda. Namun, ada beberapa aksesori yang boleh membantu anda kelihatan jauh lebih muda dari umur anda yang sebenar. Tetapi pemilihan aksesori tersebut haruslah dibuat dengan bijak!
Ingat anda cuma perlu bijak memilih aksesori yang boleh buatkan anda kelihatan muda!
Stiletto
- Foto – Pinterest
Kasut tumit tinggi atau stiletto berupakan membuatkan si pemakai kelihatan tinggi, muda dan lebih bertenaga. Warna dan fesyen juga harus kena pada gaya. Tapi jangan lupa, cara jalan juga penting! Sebaiknya berlatih jalan di rumah, practice makes perfect bukan.
Skaf
- Foto – Pinterest
Skaf biasa digunakan sebagai aksesori tambahan yang ringkas untuk imej yang lebih elegan dan santai. Selain itu, skaf berwarna boleh buatkan anda nampak lebih muda dan matang. Pilihan corak dan warna adalah amat penting. Skaf sutera lembut biasanya menjadi pilihan wanita di luar sana.
Aksesori Rambut
- Foto – Pinterest
Aksesori rambut seperti pin rambut, cekak, getah rambut dan juga ribbon dengan warna yang ceria boleh buatkan anda nampak muda. Tetapi anda harus berhati-hati memilih corak dan warna dan haruskan kena dengan baju yang anda pakai.
Jam Tangan
- Foto – TAG Heuer
Bagi sesetengah wanita, jam tangan adalah aksesori yang sangat penting, lebih-lebih lagi buat mereka yang pentingkan masa. Tahukah anda, jam tangan juga boleh membuatkan anda nampak muda? Tetapi pilihan fesyen dan warna jam adalah penting dan harus sesuai dengan anda.
Topi
Topi adalah salah satu aksesori yang biasa digunakan oleh wanita untuk kelihatan lebih trendy. Pelbagai jenis topi seperti fedora, bucket, bennie, beret yang boleh anda pakai untuk nampak cantik.
Tak susah nak nampak muda. Jika betul cara anda berfesyen, maka eloklah tu.
Selamat Beramal!