Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sebab Inilah Jerawat Badan Kamu Tak Hilang

by Lisa AG
May 5, 2022
Foto - Cleveland Clinic

Foto - Cleveland Clinic

379
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jerawat di muka, satu azab… Jerawat di badan, pun satu azab.

Kita boleh gila dan murung bila dua benda ini terjadi pada setiap perempuan. Keyakinan jatuh merudum bila jerawat muncul di badan malah di muka juga.

Walaupun pelbagai produk dan rawatan telah kamu cuba tapi ‘benda’ ini masih tidak hilang. Agaknya apa silap yang kamu lakukan? Mungkin tabiat harian kamu sebenarnya penyebab jerawat di badan masih tak hilang.

Sarung Bantal Dan Katil Kotor

Inilah sebabnya jerawat di badan tak pernah hilang. Apabila dibiarkan sarung bantal dan katil maka ia akan menjadi taman permainan untuk bakteria.

Foto – Linen Beauty

Adalah ideal untuk menukar segala sarung setiap dua minggu (atau sekali seminggu jika kamu jenis yang banyak berpeluh), dan gunakan detergen tanpa wangian semasa membasuhnya.

Produk Rambut

Tak sangka tapi itulah kebenarannya. Syampu dan perapi kamu boleh menjengkelkan kulit di leher, bahu dan bahagian atas badan. Pilih formula ringan dan pastikan kamu membilas dengan baik sebelum melangkah keluar dari bilik mandi.

IKLAN

Over-exfoliating

Ya, kerana geram dengan jerawat degil di badan maka kamu makin sental dengan skrub badan. Sebaiknya skrub badan digunakan dua kali seminggu sahaja, mengikut kondisi kulit.

Foto – Beauty Med

Dan jika kulit kamu iritasi, merah-merah dan meradang, jangan sesekali cuba menggosok memadai guna sabun ringan sahaja.

Pakaian Ketat

Kemungkinan paling nyata yang menyebabkan jerawat di badan tak hilang kerana pemakaian harian kamu. Ingat pakaian ketat kurang berventilasi boleh menjejaskan peluh dan kotoran di liang-liang kamu, dan memburukkan lagi kerengsaan kulit.

Pakai pakaian yang membantu menyerap kelembapan dan memastikan kamu sejuk semasa senaman.

Haba dan pencemaran

Bukan rahsia lagi bahawa debu, asap, dan haba membawa kepada jerawat di muka dan badan kamu. Malangnya, pendedahan kepada toksin alam sekitar berjalan seiring dengan perjalanan harian kamu dan waktu yang panjang di pejabat juga.

Foto – The Star Online

Dah tahu kenapa jerawat di badan masih tak hilang, sila cegahnya sekarang.

Tags: back acnejerawatjerawat badan
Share152SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Sebab Inilah Jerawat Badan Kamu Tak Hilang

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.