Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Penting! Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

by Lisa AG
May 31, 2022
Foto - American Cancer Society

Foto - American Cancer Society

635
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Melangkah keluar rumah jangan lupa krim pelindung matahari!

Kita tahu betapa pentingnya memilih Sun Protection Factor (SPF) untuk kulit. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kulit berminyak, lebih baik memilih krim berasaskan serbuk atau gel. Jika kulit kering pula, gunakan krim yang bersifat creamier untuk kesan melembap.

Foto – Organics

Jenis Kulit Dan Krim Pelindung Yang Sesuai

Berminyak – Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit paling bermasalah. Lagi-lagi di kawasan hidung, dahi, dan pipi. Untuk itu, gel atau formula SPF berasaskan aqua berfungsi dengan baik, malah serbuk juga. Ini mempunyai kesan pengeringan dan tidak menjadikan kulit kelihatan berminyak.

Normal – Jenis kulit paling tidak bermasalah. Kulit tidak berminyak, kelihatan bersih dan sihat sahaja. Pilih krim pelindung matahari berasaskan krim.

Kering – Kulit kering mempunyai tahap sebum yang rendah dan boleh terdedah kepada sensitif. Kulit kelihatan kering kerana ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Kulit biasanya terasa ketat dan tidak selesa selepas mencuci kecuali pelembap atau krim digunakan. Losyen atau pelembab SPF adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Sentiasa pilih krim yang tebal dan tidak ringan (contohnya matte). Semakin tinggi SPF, semakin berminyak formula tersebut.

Foto – Nowmi

SPF biasanya ditentukan oleh jenis kulit dan warna. SPF melindungi kulit daripada keadaan perubatan seperti kanser kulit dan TPF (Tan Protection Factor) menghalang kulit dari pigmentasi dan perubahan warna. Pengawasan matahari harus dipilih mengikut warna kulit. Sebagai contoh, individu berkulit gelap sepatutnya memilih SPF yang lebih rendah, manakala yang cerah pilih krim dengan SPF yang lebih tinggi.

Apa Jadi Kalau Tak Guna Krim Pelindung Matahari

Menurut satu kajian Australia yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine tahun 2013, sinaran matahari menyebabkan kira-kira 90% penuaan pada kulit.

Foto – Elle

Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit.

IKLAN

Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di tempat yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit.

Pendedahan matahari juga boleh membawa kepada jerawat. Ia menyebabkan pembentukan sel-sel mati yang menyumbat liang-liang, dan ini akan memburukkan lagi jerawat.

Kulit tan akibat sinaran matahari hanya sementara menyamarkan kemerahan jerawat dan mengeringkan permukaan kulit, tetapi pendedahan cahaya matahari menyebabkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.

Bila Masa Sesuai Guna Krim Pelindung Matahari

Adalah dinasihatkan mengguna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah, ini untuk membenarkan waktu pengeringan pada semua kawasan yang terdedah.

Re-apply setiap 2 jam apabila terdedah kepada matahari pada umumnya, bahkan pada hari-hari berawan ketika 80% sinar UV dapat menembus awan. Apabila keluar di pantai, adalah disyorkan untuk guna krim setiap 15-20 minit. Basuh muka anda atau lap di kawasan dengan tisu basah sebelum re-apply.

Foto – Huffpost

Sekarang dah jelas tentang krim SPF yang selama ini menjadi kemusykilan kita semua. Diharap huraian di atas membantu anda agar menjaga kulit wajah dengan baik.

Ingat keluar rumah sila guna krim pelindung matahari!

Tags: krim pelindung mataharispfsunblocksunscreen
Share254SendShare

Artikel Berkaitan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!
Kecantikan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!

by Iza B
August 7, 2022
0

Lipstick sekurang-kurangnya pasti ada pada setiap wanita. Ia item penting yang mampu menyerlahkan seri si pemakai. Jika anda sukakan solekan...

Baca Lagi
7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman
Kecantikan

7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman

by Iza B
August 6, 2022
0

Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi tidak boleh dikongsi kerana...

Baca Lagi
FOREO BEAR™: 4 Sebab Kenapa Rawatan 3 Minit Ini Jadi Idaman Wanita Moden!
Kecantikan

FOREO BEAR™: 4 Sebab Kenapa Rawatan 3 Minit Ini Jadi Idaman Wanita Moden!

by Soph.Azz
August 5, 2022
0

Pernah tak kamu rasakan tiada masa untuk kunjungi spa atau klinik estetik bagi melakukan rawatan wajah? Sehinggakan nak keluar rumah...

Baca Lagi
Bunuh 99.999% Kuman, Produk Mandian Antibakteria Jenama Ini Pilihan DIVA
Kecantikan

Bunuh 99.999% Kuman, Produk Mandian Antibakteria Jenama Ini Pilihan DIVA

by Lisa AG
August 5, 2022
0

Tak mungkin akan menggunakan produk mandian yang lain, sejak menemui jenama ini. FOLLOW ME memperkenalkan rangkaian Mandian Badan Antibakteria Piawaian Emas...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.