Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Beg Tangan Hitam Berjenama Yang Tak Lapuk Dek Zaman

by Lisa AG
April 29, 2022
Foto - Hypebeast

Foto - Hypebeast

160
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

You can’t ever go wrong with black!

Beg tangan yang berwarna-warni tidak dapat dinafikan cantik untuk dilihat, apatah lagi dipadankan bersama pakaian kosong, bikin penampilan ceria dan menawan.

Cuma satu-satunya kelemahan adalah ia boleh menjadi agak terhad, terutama untuk kegunaan harian – anda seringkali berfikir jika tote berwarna sesuai dengan pakaian atau tidak, hal ini menyebabkan anda mengambil masa lama untuk bersiap.

Foto – Pinterest

Jadi, jika anda ingin melabur dalam beg tangan pereka yang mahal, sebaiknya melabur untuk beg tangan berwarna hitam. Beg tangan ini bukan sahaja ‘masuk’ dengan apa sahaja pakaian dan warna, bahkan you can’t go wrong with purchasing a versatile and timeless black bag.

Untuk memberi idea, berikut adalah beberapa beg tangan hitam klasik dari pelbagai label mewah yang berbaloi untuk anda labur.

Chanel Classic Flap Bag

Foto – Getty

Beg tangan dari rumah fesyen ikonik ini pada asalnya direka oleh Coco Chanel pada tahun 1995 dan direka semula oleh Karl Lagerfeld pada tahun 80-an, dan masih popular sehingga ke hari ini, bahkan dianggap sebagai beg pelaburan.

Balenciaga Classic City Short Strap

Foto – Pinterest

Dengan siluet yang cool, selama-lamanya beg tangan ini menonjolkan penampilan si pemakai. Unik dan praktikal, beg tangan bersaiz sederhana sudah cukup untuk anda meletakkan segala barang yang diperlukan setiap hari.

Gucci GG Marmont Medium Matelasse

Foto – Luxury

Gucci telah melancarkan pelbagai rekaan beg yang unik. Walaubagaimanapun, rekaan GG Marmont hitam dilengkapi dengan dua logo G adalah paling menarik dan kuat harganya untuk pelaburan.

Hermes Birkin

Sebuah Hermes Birkin akan memakan masa 48 jam untuk disiapkan. Disebabkan itu harganya melambung tinggi dan bagus untuk pelaburan.

IKLAN

Foto – The Style

Ini kerana produksinya masih lagi memanfaatkan teknologi lama pembuatan tangan di mana, hanya seorang pengubah yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan beg Hermes Birkin.

Prada Galleria

Foto – Fashion Blog

Beg kulit mewah ini mempunyai corak silang yang unik, dan sifatnya yang kalis air. Santai namun berstruktur, menjadikannya salah satu tote ikonik Prada sesuai dijadikan beg kerja yang praktikal dan elegan.

Celine Luggage

Foto – Purseblog

Celine Luggage telah memenangi hati ramai kerana ia bukan sahaja bergaya tetapi juga pratikal. Anda boleh memakainya dengan tali silang atau sebagai tote mengikut gaya masing-masing.

Lady Dior Cannage

Dengan hanya jeans dan t-shirt polos, Lady Dior Cannage rona hitam mampu merubah gaya eksklusif.

Foto – The Happy Sloths

Walaupun jumlah penjualan beg tangan berjenama boleh berubah sepanjang tahun, nilai beg tangan Lady Dior dalam keadaan baik telah terbukti meningkat.

Givenchy Antigona

Foto – Crystal

Givenchy Antigona adalah salah satu beg yang dianggap klasik pada kebanyakan inventori peruncit. Disebabkan itu nilainya sangat berharga setiap tahun.

YSL Sac De Jour Bag

Foto – Pinterest

YSL Sac De Jour adalah pilihan klasik yang anda boleh gunakan setiap hari tapi kekal abadi selamanya. Reka bentuk yang anggun sofistikated ini diperbuat dari kulit, dan merupakan pilihan selebriti untuk kegunaan harian.

Senang beli beg tangan warna hitam sesuai dipadankan dengan apa sahaja outfit dan warna.

Tags: beg tangan hitambeg tangan jenama
Share64SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Beg Tangan Hitam Berjenama Yang Tak Lapuk Dek Zaman

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.