Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by Lisa AG
May 20, 2022
Foto - Editorialist

Foto - Editorialist

1.2k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain?

Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang digunakan kebanyakan wanita. Warna yang cenderung tenang dan ‘masuk’ dengan kulit ini memang cocok digunakan dalam apa jua suasana formal atau santai.

Sayangnya ada sesetengah rona nude boleh membuatkan wajah kelihatan pucat daripada biasa, walau anda tidaklah sepucat itu. Bahkan, setiap kali kamu menggunakan gincu nude, mulalah rakan sekerja sibuk bertanya perihal muka nampak pucat semacam.

Bagi memudahkan kamu semua, pakar kecantikan ajar cara yang betul kamu boleh cuba.

Sesuaikan warna gincu nude dengan warna kulit

Kita sedia maklum sekarang ada banyak pilihan gincu yang tersedia di pasaran. Walau semuanya cantik, tapi kamu tidak boleh asal pilih. Agar gincu warna bibir yang kamu pakai tidak membuat wajah pucat, kamu disyor menggunakan gincu nude yang sesuai dengan warna kulit.

Foto – Pinterest

Misalnya, kamu yang miliki kulit putih sebaiknya menggunakan gincu nude dengan sentuhan pink. Berbeza pula dengan individu yang berkulit kuning langsat, lebih cocok menggunakan gincu nude dengan sentuhan beige. Yang kulit sawo matang pula elok menggunakan gincu nude bernada peach.

IKLAN

Mulakan dengan lip balm

Bila sudah jumpa gincu nude yang sesuai dengan warna kulit kamu, jangan terburu-buru mengaplikasikannya pada bibir. Gunakan dulu lip balm untuk memastikan bibir tetap lembap dan lembut sehingga nanti gincu kamu terlihat lebih cantik dan berseri.

Foto – julakutuhy.co

Pakai pemerah pipi

Salah satu alasan kenapa banyak manita menggunakan gincu nude adalah kerana ingin tampil natural. Tapi perlu diingat bahawa tampil natural bukan bererti wajah kamu harus bebas riasan.

Foto – Influenster

Agar tetap terlihat segar dan berseri, kamu boleh layangkan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi. Pilih warna-warna yang lembut seperti merah jambu atau peach.

Rias juga bahagian kening

Kening boleh merubah penampilan seseorang. Walau penampilan terlihat cantik elok, jalan sesekali lupakan bahagian kening. Merias keduanya mengikut bentuk kening kamu menggunakan brow kit yang tepat dan betul. Kalau boleh jangan bagi terlalu gelap, biarkan natural seadanya.

Foto – Self Magazine

Selamat Beramal!

Tags: gincu nudelipstick nudenude
Share463SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.