Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cantik Seperti Puteri Diana, Ini Kamu Patut Ikut Menurut Jurusolek

by Lisa AG
April 22, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

313
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Puteri Diana. Segala tentangnya kita obses, beliau serba-serbi sempurna dan legasi akan terus mekar sehingga ke hari ini.

Selain bab fesyen, kecantikan semulajadi turut dipuja. Dalam sebuah temubual, jurusolek Mary Greenwell telah mendedahkan bagaimana mendiang Puteri Diana mengekalkan kompleksi kulit wajah yang sempurna. Greenwell pertama kali bekerja dengan mendiang pada sesi fotografi majalah Vogue UK pada tahun 1991.

1. Puteri Diana mengamalkan rejim “cleansing, toning and moisturising” dua kali sehari.

2. Beliau juga akan memastikan mekap ditanggalkan di penghujung hari dan sebelum bersolek, beliau akan membersihkan wajah terlebih dahulu.

Foto – Pinterest

3. Ruji mekap hariannya adalah bedak asas (yang betul-betul sesuai dengan tona kulitnya), concealer (untuk menyerlahkan bahagian mata), maskara, sedikit blush dan gincu.

IKLAN

4. Greenwell juga mendedahkan yang dia pernah menasihatkan Diana supaya menyapu maskara sehingga bahagian akar bulu mata sekali jika dia bersolek sendiri.

5. Jurusolek tersebut juga menyarankan supaya Puteri Diana tidak memakai penggaris mata warna biru kerana ia tidak akan menyerlahkan matanya yang berwarna sama. Katanya lagi, mendiang adalah seorang yang berani mencuba dan terbuka untuk mencuba penampilan baru.

Foto – Pinterest

6. Diana juga memakai bedak asas yang sedikit tebal tapi masih lagi kelihatan sheer bersesuaian dengan usianya. Menurut  Mary, ketika usia remaja, sapuan pelembap tinted sudah mencukupi tapi apabila usia sudah semakin meningkat, anda memerlukan sesuatu yang lebih daripada itu.

7. Beliau juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidur yang cukup, senaman, diet yang baik dan tidak mengambil alkohol.

Puteri Diana tak minum alkohol tau!

Tags: puteri dianarahsia cantik puteri diana
Share125SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Cantik Seperti Puteri Diana, Ini Kamu Patut Ikut Menurut Jurusolek

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.