Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jenama Dry Shampoo Terbaik Untuk Rambut Kembali Segar

by Lisa AG
March 17, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

152
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kamu nak cepat untuk mendandan rambut? Beralih ke dry shampoo, produk semburan yang mempunyai manfaat sama seperti syampu biasa.

Sesuai dengan namanya, dry shampoo diaplikasi pada rambut tanpa perlu dibilas. Umumnya dry shampoo terdiri daripada dua jenis iaitu semburan (spray) dan bedak (powder). Dry shampoo berbentuk semburan jelas lebih mudah dan praktis penggunaannya dibandingkan jenis bedak.

Tahukah kamu, dry shampoo jenis bedak bukanlah suatu perkara yang baru, ia sudah digunakan oleh para wanita ketika era Victoria lagi. Namun kini, dry shampoo hadir dalam bentuk semburan yang lebih mudah dan praktikal.

Cara Gunakan Dry Shampoo

Giphy

Untuk menggunakan dry shampoo jenis semburan, halakan lubang semburan terhadap akar rambut anda, semburkan. Tunggu beberapa saat untuk syampu kering berkenaan menjalankan tugas pembersihannya terhadap rambut anda sebelum anda boleh mula mengurut dan menyikat rambut.

Apabila cecair semburan itu telah kering, bermakna pembersihan telah dilakukan dengan sempurna! Hasilnya, anda kelihatan seperti baru membasuh rambut.

Dry shampoo memang berkesan untuk menyerap minyak di rambut supaya rambut tetap bersih walaupun tidak mempunyai masa untuk syampu. Dan, dry shampoo juga boleh digunakan pada jenis rambut kering dan kusam. Yang pasti produk ini akan membantu memulihkan kecantikan rambut anda.

Jenama Terbaik Untuk Dry Shampoo

  • Batiste Dry Shampoo
Foto – Fashion Potluck

Mengandungi asid amino yang dipanggil L-arginine, membantu menguatkan struktur rambut, disamping membersihkan kulit kepala rambut yang berminyak.

  • OUAI Super Dry Shampoo
Foto – Stylist

Jadi kegemaran ramai kerana harumannya yang mengasyikkan. Ia juga meninggalkan kesan yang segar bila disembur ke kulit kepala berminyak.

  • Briogeo Scalp Revival Charcoal + Biotin Dry Shampoo
Foto – Briogeo

Produk keluaran Briogeo ini diformulasikan dengan arang, ekstrak buluh dan witch hazel untuk memastikan pengeluaran minyak terkawal.

  • Kristin Ess Style Reviving
Foto – Pinterest

Menyasarkan rambut flat, produk ini memberikan kemasan berkilat dan licin. Diperkaya dengan vitamin, ia juga mempunyai manfaat untuk membantu menghilangkan bau dan menyegarkan rambut anda.

  • Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo
Foto – Carousell

Produk yang bukan asing lagi, kerana bebas serbuk, ia mempunyai keupayaan untuk menghilangkan minyak berlebihan di kulit kepala. Sekaligus merawat semula kulit kepala agar kembali segar.

Rambut kekal cantik dan segar dengan dry shampoo!

FILED UNDER Dry Shampoodry shampoo terbaikSyampu Kering
Share61SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.