Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Masa Yang Paling Tepat Untuk Buang Produk Kecantikan Kamu

by Lisa AG
May 27, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

88
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Masuk sahajalah ke bilik anak gadis atau wanita, pasti dipenuhi dengan barang-barang kecantikan yang kadang-kala melebihi ruang simpanan. Pembayang mata, gincu, pemerah pipi yang dah pecah pun masih nak simpan. Ya lah, mengenangkan jumlah wang yang telah dilaburkan untuk membeli semua alat solek, memang rasa ralat nak buang begitu sahaja.

Tetapi, ketahuilah bahawa semua benda ada tarikh luputnya. Termasuklah pakaian dalam sedang kamu pakai sekarang. Mungkin jika kamu terus-menerus menggunakan barang yang telah tamat tempoh ataupun rosak, ia pasti akan mengundang masalah iritasi serta jangkitan kepada diri kamu.

Bila masa yang tepat untuk kamu buang?

Minyak Wangi

Ketahanan: 6 bulan untuk haruman yang baunya berasaskan nota bauan sitrus, manakala 18 bulan untuk haruman yang baunya berasaskan nota bauan floral. Tetapi, jika kamu belum pernah membuka botol minyak wangi berkenaan, ia mungkin bisa tahan sehingga 2 tahun.

Foto – Helpless Whilst Drying

Buang bila sudah tiada bau yang dihasilkan oleh semburan haruman berkenaan atau terdapat perubahan warna pada cecair haruman tersebut. Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk dan kering serta jauh dari pancaran terus matahari, jika tidak bau minyak wangi anda bakal rosak dan terjejas keasliannya.

Pewarna Kuku

Ketahanan: 1 hingga 2 tahun.

Foto – Times of India

Buang bila konsistensi pewarna kuku itu menjadi melekit dan sudah menjadi berlapis-lapis jika dilihat dari luar botol. Tetapi, andai kata masih ada sisa pewarna yang anda rasakan masih lagi boleh digunakan, kamu boleh tuang beberapa titik cecair thinner pewarna kuku atau cecair penanggal cat kuku ke dalam botol pewarna kuku yang berkenaan.

Maskara

Ketahanan: 2 hingga 3 bulan selepas dibuka.

Foto – New York Post

Buang bila terdapat gumpalan pada maskara atau baunya telah berubah. Alat solek yang digunakan ke atas mata bisa menjadi tempat pembiakan bakteria yang sangat efektif. Sebenarnya setiap kali anda menarik keluar berus dan memasukkannya kembali ke dalam tiub maskara, ia akan mencetuskan pada masalah jangkitan mata.

IKLAN

Celak Pensil

Ketahanan: Setahun.

Foto – Ipsy

Buang bila celak pensil kamu dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenutup. Jika kamu tetap menggunakannya di atas kelopak mata mahupun di garisan air mata kamu, ia pasti mengundang padah nanti. Salah satu cara untuk melindungi mata kamu dari jangkitan adalah mengasah mata pensil celak kamu setiap kali mahu menggunakannya.

Bedak Asas & Concealer

Ketahanan: 6 bulan untuk jenis cecair, 2 tahun untuk jenis serbuk.

Foto – alittlebit

Buang bila bedak asas kamu tidak memberikan liputan sapuan yang rata dan menyeluruh ke atas kulit (bercapuk). Lihat dari luar botol sama ada warna dan minyak dalam cecair telah terpisah dan konsistensinya telah semakin menebal.

Bagaimanapun, untuk bedak asas jenis serbuk pula, kamu perlu buang kala ia telah menjadi berbuku dan sukar untuk diratakan ke atas kulit.

Produk Bibir

Ketahanan: 2 tahun untuk gincu manakala 1 tahun untuk pengilat bibir.

Foto – Lily Pebbles

Buang bila baunya menjadi busuk atau pelik. Warna juga telah bertukar dari warna olesan asal. Pengilat bibir yang mempunyai konsistensi lebih melekit daripada biasa juga harus dibuang tanpa berfikir panjang!

Selamat Beramal!

Tags: Barang Kecantikankosmetiktarikh luput produk kecantikan
Share35SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Masa Yang Paling Tepat Untuk Buang Produk Kecantikan Kamu

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.