Keadaan sekarang ini menyebabkan ramai mengalami tekanan hidup dan memilih untuk mengambil nyawa sendiri.
Tahukah terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengubah mood anda. Berikut adalah beberapa cadangan untuk perubahan kecil yang anda boleh lakukan agar mengubah mood anda kepada lebih ceria dan bahagia.
Senyum
- Foto – Talkspace
Apabila kita tersenyum, otot-otot di muka kita menghantar isyarat kepada otak yang membantu mewujudkan biologi, mood yang lebih baik. Hadapi keadaan yang berlaku dengan senyuman di bibir dan tenang, jangan moody dan asyik berkerut dahi, nescaya anda cepat tua.
Jadual sesuatu yang menyeronokkan
Bila hadapi tekanan, cuba buat jadual senaraikan tempat menarik yang ingin anda kunjungi. Orang kata bila berangankan sesuatu tempat yang kita idami, tiba-tiba mood kita akan berubah.
Luahkan perasaan
- Foto – Huffpost
Ada setengah orang meluahkan isi hati di dalam diari, ada yang luahkannya melalui lirik lagu, ada yang bercerita kepada teman dan keluarga. Kiranya pelbagai cara untuk anda ekspresikan apa yang terbuku di hati agar anda rasa lega. Gunalah apa cara yang menenangkan hati anda.
Bersikap baik dengan orang
Jika anda punya rezeki yang lebih, sedekah dan berikan kepada yang memerlukan. Mungkin dengan cara ini hidup anda yang kelam akan beransur jernih.
Riadah
- Foto – Harian Metro
Lakukan riadah dengan menghabiskan masa di tempat yang menarik, penuh kehijauan dan segar. Kajian menunjukkan bahawa beriadah di luar rumah walaupun hanya untuk beberapa minit boleh membantu meningkatkan mood.
Makanan makanan yang sihat
Pemakanan juga mempengaruhi mood anda. Makanan seperti buah beri, coklat, avokado, teh hijau, pisang mampu mengubah mood anda malah mengurangkan sikap kemurungan anda.
Hubungi rakan atau keluarga
- Foto – mStar
Bila anda dalam mood kurang baik, cuba hubungi teman rapat ataupun keluarga. Luangkan masa bermasa nescaya anda dapat lupakan segala perkara yang menyusutkan anda. Ia benar-benar baik untuk kesihatan anda.
Bersolat/berdoa
Ini cara kita minta petunjuk kepadanya kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Sujud padanya!
Bila rasa sunyi, carilah teman untuk berdamping dan jangan sesekali bersendirian.