Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Patut Tak Bersih-Bersih, Ini Kesilapan Biasa Kamu Lakukan Ketika Cuci Muka

by IamLisa
May 27, 2021
Foto - Byrdie

Foto - Byrdie

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berapa kali kamu cuci muka setiap hari? Dua? Tiga? Berkali-kali kebab rasa muka berminyak?

Rejim membersihkan muka adalah asas untuk memastikan kulit berada dalam keadaan sihat, bersih dan berseri. Tapi masih ada wanita yang melakukan kesilapan sehingga kulit jadi kering dan tidak bebas cela.

Berikut kesilapan yang Wanista maksudnya:

Pencuci muka yang tidak sesuai

Kulit manusia boleh dikategorikan  kepada 5 jenis iaitu kulit normal, kulit kering , kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Jadi sebelum membeli pembersih muka, kenal pasti dahulu jenis kulit dan beli pembersih muka yang dikhususkan.

Foto – Kate

Terdapat pelbagai jenis pembersih muka yang khusus seperti ini dijual di pasaran. Kamu juga tidak dinasihatkan untuk mencuci muka dengan sabun biasa kerana ia boleh menjadikan kulit terlalu kering.

Cuci tangan terlebih dahulu

Mungkin ramai yang mengabaikan amalan ini kerana berpendapat tangan yang dibasahi air sudah cukup bersih. Tangan adalah anggota badan yang paling berpotensi terdedah dengan jangkitan kuman.

Membersihkan muka dengan tangan yang tidak dicuci dengan betul tentunya akan memindahkan kuman-kuman ini terus ke muka kamu.

Suhu air yang digunakan

Ada mitos yang mengatakan, mencuci muka dengan air sejuk boleh membantu mengecilkan liang muka dan mengurangkan kedutan wajah. Tetapi satu lagi mitos yang selalu kita dengar adalah, dengan mencuci muka dengan air panas dapat membersihkan wajah dengan lebih mendalam.

Foto – Write

Suhu air yang sebaiknya untuk mencuci muka adalah suhu yang suam dan tidak terlalu panas, kemudian bilas semula dengan air sejuk.

Melakukan proses pengelupasan kulit secara berlebihan

Menggunakan skrub untuk membersihkan kulit memang bagus untuk menaggalkan sel-sel mati di muka, tetapi jangan lakukan selalu.

Cukup dengan sekali atau dua kali seminggu dan pilhlah manik skrub yang tidak terlalu kasar kerana ia boleh merosakkan kulit kamu.

Pastikan tidak ada sisa-sisa pembersih yang tinggal

Foto – Skincare

Sisa-sisa pembersih yang tertinggal di muka akibat tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kekeringan kulit. Jadi jangan malas dan bilas muka ala kadar sahaja ya. Pastikan kamu bilas dengan baik.

Cuci 2 kali sehari

Wajah perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari .Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Jangan terlalu kerap membersihkan wajah kerana minyak semulajadi pada kulit yang membantu mengimbangkan kelembapan kulit akan terhakis.

Jika kurang mencuci pula, kotoran yang melekat pada wajah kamu akan mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya.

Ingat, cuci muka memadai 2 kali sehari – siang dan sebelum tidur dengan rutin kecantikan seterusnya, nescaya kulit kamu bersih berseri seperti artis.

Selamat beramal!

Tags: cucicuci mukakesilapan cuci mukamukapembersihtips cuci mukaWanita
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Tips - Kecantikan

Patutlah Cantik, Rutin Fan Bingbing Bersihkan Muka Sampai 28 Step

by IamLisa
November 13, 2021
0

Fan Bingbing lakukan 28 step untuk rutin kecantikan? Mungkin sebab itu dia diangkat sebagai wanita tercantik di China. Miliki kulit...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Lipstick Patah Atau Rosak? Baikinya Dengan Cara Ini

by Opie Azizlan
October 31, 2021
0

Boleh frust menonggeng kalau lipstick kegemaran patah dan rosak! Lipstick boleh dikatakan sebagai top product yang setiap wanita perlu ada....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Tips Kecantikan Orang Dulu-Dulu, No.4 Paling Ramai Yang Amal

by Opie Azizlan
October 28, 2021
0

Pernah terfikir tak orang-orang dulu tak ada pun pergi drugstore, Sephora, SASA dan sebagainya untuk jaga kecantikan. Tetapi bagaimana mereka...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.