Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Nak Putus Dengan Si Dia, Cuba Minta Baik-Baik Dengan Cara Begini…

by Soph.Azz
December 30, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

405
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang sedih bila tahu hubungan yang sudah lama terbina akan berakhir.

Walaupun tiada pengakhiran yang bahagia tetapi perpisahan boleh dilakukan dengan cara yang baik, tak kiralah apa pun punca keretakan hubungan itu.

Nak berpisah dengan baik dan tidak bergaduh boleh. Asalkan kamu minta dengan baik-baik dengan lakukan langkah begini;

#1 Berhati-hati dalam menyusun ayat 

Sebelum memberitahu kamu mahu putuskan hubungan, rancang terlebih dahulu apa yang kamu mahu katakan.

Foto – Pinterest

Hati-hati dalam memilih dan menyusun ayat supaya ia tidak kelihatan kasar serta menyakitkan hati si dia.

#2 Beri sebab yang munasabah 

Ketika kamu yakin nak putuskan hubungan, berikan sebab dan penjelasan yang jelas serta munasabah.

Foto – Pinterest

Tujuannya adalah untuk membuatkan si dia faham dan mendapat jawapan yang sewajarnya daripada kamu. Jika tidak si dia akan tertanya-tanya apakah sebabnya yang membuatkan kamu mahu putuskan hubungan.

IKLAN

#3 Jangan letak salah antara satu sama lain 

Ingat! Walaupun si dia ada buatkan kamu marah atau kecewa, jangan sesekali letakkan salah tersebut ke atasnya atau diri kamu.

Foto – Pinterest

Elak daripada menyalahkan antara satu sama lain kerana ia boleh membuatkan perpisahan kamu menjadi lebih teruk dan sukar.

#4 Jangan sampai si dia dengar dari orang lain 

Jangan sesekali biarkan si dia dengar daripada orang lain bahawa kamu ingin putuskan hubungan. Si dia boleh terluka jika dia mendapat tahu.

Walaupun kamu memerlukan sokongan atau pendengar tentang keluhan kamu mengenai perpisahan ini, jangan kongsi semuanya. Simpan perkara yang penting untuk diri kamu.

#5 Bersikap matang 

Bila sudah putuskan hubungan, jangan pula kamu kongsikan dengan orang apakah sebabnya kamu putuskan hubungan.

Foto – Pinterest

Ambil masa dan move on daripada perkara yang lepas. Paling penting sekali,  jangan pula kamu hubungi bekas kekasih selepas putus okay?

Nak putus memang menyakitkan. Tapi kalau lakukan dalam cara yang betul, semuanya akan berakhir dengan baik tanpa kedua-dua pihak ‘sakit’ dengan teruk.

Tags: 5 cara break up5 cara pisah dengan baikberpisah dengan baik
Share162SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

January 5, 2022
Foto - @nurul.zahid  / @mahadibz (IG)
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

January 4, 2022
Foto - @anieshashim (TikTok)
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

January 4, 2022
Foto - Showbiz
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

January 3, 2022

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Nak Putus Dengan Si Dia, Cuba Minta Baik-Baik Dengan Cara Begini…

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.